9 Tahun

Pengalaman Industri Campsite

Tuan/puan boleh berjaya di dalam bisnes tapak khemah.

Berminat dengan dunia outdoor? Ingin memulakan bisnes tapak khemah sendiri?

Kami ada maklumat penting untuk dikongsikan.

Rated 4.7 out of 5
Peluang Bisnes
Rated 4.8 out of 5
Permintaan Tinggi
Kenapa Bisnes Tapak Khemah ada pemintaan?

Trend Semakin Meningkat!

Bisnes Tapak khemah adalah bisnes yang memang telah dijalankan semenjak tahun 1980 an. Bisnes ini dipelopori oleh tuan tanah yang memiliki tanah di hutan dan aliran sungai. Bisnes ini melihatkan trend peningkatan setiap tahun. Gambar berikut adalah buktinya:

Trend Meningkat Bisnes Tapak khemah 5 tahun kebelakang

Bisnes tapak khemah adalah solusinya!

Permintaan Semakin Meningkat

Jika diperhatikan carian di google, trend nya meningkat naik secara konsisten. Ini kerana, sifat perniagaan ini yang mengikut keperluan komuniti (keluarga, rakan belajar, rakan kerja) untuk bersosial. Semakin kita menuju ke era gadget canggih, semakin meningkat keperluan komuniti untuk menyediakan waktu-waktu mereka untuk bebas gadget. Itulah yang menjelaskan kenapa bisnes ini bukanlah bisnes viral yang akan mendadak naik dan turun serta-merta. Bisnes ini akan menjadi bisnes yang kekal relevan sehingga bila-bila masa sahaja.

Sehingga ke hari ini, tapak khemah yang mempunyai konsep beriadah Bersama dengan keluarga terus dipenuhi oleh pengunjung pada hujung minggu.

Walaupun begitu, bisnes tapak khemah tetap kekal meriah dan dibincangkan dengan hangat di media sosial.

Inilah kesempatan yang perlu diambil. Bisnes ini nampaknya tidak menjadi trend semasa semata-mata. Lihat ada tempat-tempat tertentu yang telah menurun permintaannya terutama penginapan jenis hotel dan resort

Ada banyak faktor bisnes ini kekal relevan.

Kenapa Bisnes Ini Terus Kekal Relevan?

Ada banyak faktor bisnes ini kekal relevan. Antaranya adalah:

Mesra Perbelanjaan

Inflasi semakin meningkat, keluarga mahu terus beriadah. Pastinya tempat kos rendah menjadi tarikan keluarga. Walaupun keluarga tidak membayar yuran yang tinggi masuk ke tapak khemah, margin keuntungan tapak kem sangat tinggi sebarnya.

Menghilangkan Ketagihan Terhadap Gadget

Keluarga yang bercuti di hotel dan resort masih lagi terdedah dengan gadget. Ini kerana suasana biliknya yang serupa dengan rumah menyebabkan aktiviti gadget tidak dapat dielakkan. Tapak khemah adalah jawapannya!

Luar Zon Selesa Yang Mendorong Pembelajaran Anak

Inilah nilai yang memberi manfaat besar kepada komuniti. Pemilik tapak khemah sebenarnya telah menyumbang sesuatu yang besar kepada pembinaan keluarga yang harmoni.

Sekarang tidak lagi!

Bisnes ini telah disebut industri. Ini kerana cabang bisnes ini adalah sangat luas. Banyak konsep perkhemahan yang boleh menjana pendapatan.

Jika dulu-dulu, mindset pengunjung adalah perkhemahan mesti dilakukan di tepi sungai dan didalam hutan.

Sekarang tidak lagi.

Asalkan dapat berkumpul dengan keluarga dan berkhemah, sudah tentulah ianya dapat dilakukan dimana-mana.

Banyak konsep perkhemahan yang boleh dilaksanakan iaitu:

Perkhemahan Di Tepi Sungai
Perkhemahan Di Tepi Pantai
Perkhemahan Di Dusun Buah-Buahan
Perkhemahan Di Dusun Kelapa Sawit
Perkhemahan Di Tepi Homestay
Perkhemahan Nomad
(Berbasikal / Glamping/Kereta)

Memiliki sebidang tanah?

Ramai juga orang memiliki sebidang tanah di kampung milik keluarga atau milik sendiri. Ada juga yang teringin membeli sebidang tanah di kebun-kebun dan di kampung.

Walaubagaimanapun, hasrat ini selalu tersekat kerana memikirkan apa yang nak dibuat dengan tanah tersebut. Untuk melaksanakan aktiviti pertanian, nilai ekonominya rendah. Ini kerana sektor pertanian menghasilkan pulangan yang rendah.

Oleh itu, bisnes tapak khemah merupakan cadangan alternatif bagi mewujudkan pendapatan yang lebih baik. Bisnes tapak perkehamahan adalah bisnes dalam bidang hartanah. Ianya telah menjadi satu industri yang besar dan meluas pada Ketika ini.

Pada saat ini, pihak berkuasa telah mengetatkan larangan-larangan untuk berkhemah di tempat awam disebabkan terlalu ramai yang ingin berkhemah. Ini merupakan peluang pendapatan hartanah yang terhidang bagi mereka yang ingin mencuba!

Pada waktu ini, begitu seronok rakan media sosial kita menceritakan tentang pengalaman berkhemah. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Peningkatan mendadak terhadap aktiviti perkhemahan begitu memberangsangkan.

Bisnes Tapak khemah adalah bisnes yang melibatkan kos infrastruktur. Kos infrastruktur agak kompleks. Ini kerana pembinaan tapak khemah biasanya memakan modal yang banyak. Oleh itu, seringkali kos-kos tersembunyi selain kos infrastruktur diabaikan. Ini yang menyebabkan pemilik bisnes ini mengalami kesukaran untuk mengawal cashflow.

E-book ini menerangkan bagaimana:

Ada banyak faktor bisnes ini kekal relevan. Antaranya adalah:

Memulakan Langkah Bisnes Tapak Perkhemahan
Meningkatkan hasil jualan tapak campsite ketahap yang lebih tinggi
Menguruskan Modal Membuka Tapak Perkhemahan
Menukarkan pelanggan pertama kepada pelanggan setia dan mereka menjadi agen kita mempromosikan tapak khemah kita!
Menerangkan apa strategi dan taktik untuk mengembangkan perniagaan dalam tempoh yang panjang
Menguruskan budget pemasaran yang merupakan perkara penting dalam perniagaan tapak khemah
Memastikan tahap kebersihan dan keindahan kem konsisten sekaligus mengurangkan kepenatan menjalani bisnes.
Membawa masuk talent dari pekerja yang berkualiti tinggi
Mengurus akaun bank sehingga mendapat pinjaman bank untuk meningkatkan kemudahan dan fasiliti di tapak khemah

Ada 2 elemen yang perlu diketahui untuk menjalankan bisnes ini. Elemen itu adalah:

Pengurusan Pengeluaran (production)
Pengurusan pensyarikatan

Pengurusan pengeluaran produk tidak diterangkan di dalam e-book ini kerana penstruturan kos dan infrasturktur bisnes seperti bangunan, kemudahan, spesifikasi khemah dan dewan berbeza mengikut konsep bisnes tapak perkhemahan tersebut. bisnes tapak perkhemahan ditepi sungai tidak sama spesifikasinya di tepi pantai. Ada MAKLUMAT yang lebih penting patut diketahui oleh pendiri bisnes tapak perkhemahan iaitu pengurusan pensyarikatan.

Sekiranya tidak diketahui, ia bakal menyebabkan

Modal tersangkut!

Ketika bisnes sedang berjalan, banyak masalah pengurusan dan kewangan yang dihadapi oleh pimilik bisnes ini untuk terus kekal dalam bisnes ini. Ini menyebabkan bisnes yang sedang dilakukan lambat meningkat naik. Ada kalanya, kegagalan mengawal aliran duit menyebabkan kualiti operasi bisnes terganggu. Ini kerana kekurangan pengetahuan tentang bisnes ini.

Penat badan dan mental menguruskan pekerja

Penat badan dan mental menguruskan pekerja juga menjadi cabaran bisnes ini. Ini kerana kerap kali owner kem perlu menghabiskan masa menyemak kualiti kerja yang tidak konsisten. Masalah seperti kebersihan khemah, toilet dan penjagaan landskap bakal mengundang kemarahan pelanggan. Masalah terjadi apabila kita ada Bersama dengan pekerja, hasil kerjanya cemerlang. Apabila kita tidak Bersama dengan pekerja, hasil kerjanya tidak memuaskan. Banyak puncanya kita tidak dapat Bersama dengan pekerja antaranya disebabkan sibuk menjalankan tugas peribadi atau kesihatan tidak mengizinkan.

Proses melayan pelanggan merupakan proses yang mencabar.

Ini kerana owner kem perlu menjawab banyak soalan yang perlu dikemukakan oleh pelanggan. Pertanyaan ini tidak kira siang dan malam. Pertanyaan dari pelanggan akan banyak memakan masa dan tenaga kita yang memerlukan kita untuk memerhati hal-hal lain di dalam bisnes ini. Ini lebih parah lagi apabila Ketika pelanggan ingin check-in, terdapat keluarga yang lain telah membuat tempahan bertindih. Perkara ini memang terjadi Ketika bisnes sedang meningkat naik.

Merosakkan usaha yang telah kita jalankan pada awal fasa pembukaan tapak khemah

Setelah bisnes berjalan 2 tahu pertama, kita telah menjalankan kempen promosi secara agresif. Namun, dalam tempoh 2 tahun pasti smartpohone owner kem akan rosak. Apabila smartphone rosak, hilang semua database palanggan yang bertanya tentang kem. Ini menyebabkan kita terpaksa bermula dari kosong mencari pelanggan baru. Hal hilang no telefon pelanggan adalah hal yang biasa terjadi kepada owner kem.

Setelah memahami struktur kem ini, owner kem akan Nampak cara

Meningkatkan pendapatan bisnes

Bisnes ini marginnya tinggi dan sumber pendapatan banyak. Satu-satunya bisnes yang ada 3 pendapatan serentak melalui teknik yang akan ditunjukkan di dalam e-book ini. Di dalam e-book in iakan diterangkan Strategi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih kepada 3 jenis pendapatan ini

Mendapatkan manfaat fasiliti bank

Bank adalah syarikat yang hanya akan memberi kemudahan pinjaman kepada mereka yang menepati kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria ini sangat mudah dan pasti dicapai. Ini akan diterankan di dalam e-book ini khusus untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes ini.

Siapakah penulis?

Beliau telah melalui pengalaman menguruskan tapak khemah bermula pada tahun 2006 selepas menjadi graduan di dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penulis merupakan asnaf Lembaga Zakat Selangor dan berminat untuk membuka bisnes ini sejak di zaman belajar lagi, oleh itu, saya bermula dengan menjadi tukang cuci sampah di tapak khemah semasa di Universiti lagi. Seterusnya menguruskan aktiviti di tapak khemah dan terlibat secara langsung dengan pengurusan tapak khemah.

Hasil dari susah payah menjalankan satu-satunya perniagaan ini, Sekarang beliau telah menguruskan tapak perhemahan kem rekreasi dengan jenama AsiaCamp di 4 tempat iaitu di Taman Negara Pahang, Tanjong Karang Selangor, Semenyih Selangor dan Sungkai Perak. Beliau juga mempunyai rangkaian pelancongan di bawah syarikat pelancongan berdaftar dengan MOTAC dibawah jenama jomlar.com dan memegang pengurusan penempahan di visitkenyir.com dan visitdabong.com.

Apakah jaminan buku ini?

E-book ini telah ditulis berdasarkan pengalaman mengendalikan bisnes tapak khemah. Buku ini sarat dengan tips perniagaan khusus untuk bisnes tapak khemah.
E-book ini ditulis penulis sendiri yang telah disiapkan semenjak tahun 2019. Ini kerana saya mahu menaikkan perniagaan tapak khemah ini kepada satu industri yang meriah. Apabila industri ini meriah dan bertambah banyak pembukaan kem di Malaysia, ianya akan mewujudkan tarikan yang amat kuat kepada pengunjung luar negara.
Ini kerana pengunjung luar negara mahukan kebebasan memilih. Satu perniagaan yang mempunyai kebebasan untuk memilih akan menjadikan satu-satu tempat itu menjadi tumpuan. Tumpuan akan meningkatkan permintaan. Permintaan akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
Sekiranya isi buku ini tidak mengandungi manfaat yang baik untuk pembaca, kami akan pulangkan wang belian tanpa banyak tanya. Kami mahukan pembaca E-book ini mendapat maklumat yang diperlukan untuk membuka bisnes ini. Maklumat yang bukan semata-mata menarik tetapi maklumat yang tepat.
E-book ini bakal memberikan panduan Langkah demi Langkah bagaimana bisnes ini dapat dijalankan.Ianya pasti dapat menyelamatkan modal anda dari kerugian puluhan ribu ringgit akibat tersalah Menyusun modal ditempat yang tidak sepatutnya.
RM 350 Sahaja!
RM 160 Sahaja!

Jaminan Kepuasan 100% Atau Wang Anda Dikembalikan!.