Uncategorized

3 Sebab Mengapa Aktiviti Mengikat Rakit Menggunakan Buluh Sangat Berbaloi Untuk Meningkatkan Hubungan Di Dalam Pasukan

Kerjasama diperlukan untuk menyiapkan rait buluh ini.

Aktiviti mengikat rakit menggunakan buluh untuk melakukan sukan rekreasi air mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam meningkatkan hubungan di dalam sesebuah pasukan. Mengikut aktiviti biasa, kegiatan water crafting menggunakan bot yang tersedia ada. Cabarannya sudah terasa apatah lagi jika para peserta turut serta membina bot tersebut menggunakan buluh.

Mewujudkan Semangat Kekitaan

Dunia sekarang yang amat mementingkan sikap individualistik, merupakan ancaman yang paling utama dalam membentuk hubungan yang erat dalam sesebuah perhubungan. Melalui aktiviti seumpama ini para peserta perlu bekerjasama untuk menyiapkan rakit tersebut. Dalam hal ini jika mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri, kemungkinan yang akan berlaku ialah samada rakit tersebut tidak siap, atau mungkin rakit tersebut siap namun dari segi kestabilan atau kebolehgunaan rakit tersebut rendah. Mahu tidak mahu mereka terpaksa bekerjasama dan memastikan yang rakan lain juga melakukan hal yang betul.

Dapat Berkongsi Kegembiraan Dan Kegagalan Bersama

Semasa menyiapkan aktiviti ini, pastinya satu pasukan perlu melakukan kerja secara bersama-sama. Jika gagal, maka kesemua merasai kegagalan tersebut, jika berjaya semua sekali akan turut merasai kegembiraan tersebut. Disebabkan perkongsian rasa inilah yang akan menimbulkan bibit kemesraan di kalangan ahli pasukan yang akan membantu mereka untuk mengenali lebih rapat siapa rakan sepasukan mereka tidak kiralah sama ada di peringkat sekolah mahupun dalam sesebuah organisasi. Ini akan membantu untuk mereka kembali ke tempat kerja dengan memiliki semangat pasukan yang tinggi dalam diri mereka.

Pengetahuan Dan Kemahiran Dapat Dipertingkatkan

Uniknya aktiviti seumpama ini mampu membawa para peserta merasai satu pengalaman yang tidak akan mereka perolehi di mana-mana. Jangankan memegang buluh, melihat buluh secara dekat pun, tidak ramai yang mendapat peluang ini. Walaupun kita selalu diwar-warkan tentang dunia hujung jari, sekali tekan semuanya ada, namun ia pasti tidak akan sama dengan memegang barang yang nyata dengan mata kepala kita sendiri melihatnya. Kemahiran untuk mengikat dan memastikan buluh terapung juga bukan suatu pengetahuan yang mampu difahami hanya sekadar melalui pembacaan sahaja. Ia pasti lebih cerap di minda jika kita merasainya sendiri pengalaman tersebut. Jika anda inginkan kelebihan yang ada dalam aktiviti unik membuat rakit buluh ini, anda bolehlah melayari www.asiacamp.my dengan lebih lanjut lagi. Pastinya ia akan mampu membuat anda gembira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *