Motivation

5 Tips Menjadi Pelajar Hebat

Sekolah bermula lagi. Pasti ibubapa sibuk mendaftar anak anak ke sekolah yang hebat untuk jadikan anak mereka anak yang hebat.

Tapi adakah sekolah yang hebat itu dapat mengubah anak mereka. Semestinya TIDAK! Kerana perubahan seseorang itu bermula dari diri mereka sendiri.

Maka pada hari ini, admin nak kongsikan 5 Tips Pelajar Hebat.

Jangan Biarkan Seminit Terbazir. Pelajar hebat, menggunakan masa yang terluang seperti masa peralihan kelas dengan membaca satu dua soalan sebelum bermula matapelajaran yang baru.

Awal Pagi Yang Positif. Pelajar yang hebat, akan bangun di awal pagi dan menggunakan waktu itu untuk mengulangkaji pelajaran. Kajian menunjukkan waktu awal pagi adalah waktu yang paling mudah untuk menerima ilmu baru dan mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam. Bangunlah awal pagi dan dapatkan aura positif itu.

Bertanya, Bertanya dan Bertanya. Guru adalah sumber yang tepat untuk pelajar yang hebat. Maka dekatkanlah diri anda dengan guru dan gunakanlah setiap kesempatan yang ada untuk bertanya kemusykilan kamu.

Elakkan Tekanan Emosi. Memang lumrah kehidupan akan ada perkara yang merunsingkan dan menggangu konsentrasi belajar. Perkara ini mesti dielakkan! Set dalam minda, “Saya tidak rela masa depan saya musnah disebabkan perkarah remeh ini.” Selalu mindset diri setiap pagi. Katakan “Aku Boleh, Aku Hebat, Yes Yes YES!!”

Ikut Rentak Sendiri. Pelajar yang hebat akan ada rentak belajar yang tersendiri. Pastikan anda mengenal rentak sendiri dan consistent dengan rentak tersebut. Jangan bandingkan dengan pelajar yang lain.

Setiap manusia itu pasti ada kekurangan. Namun kekurangan itulah yang kita perlu asah agar ia bertukar menjadi satu kelebihan. Ini adalah satu usaha Pelajar Hebat. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan perjalanan masa depan dengan azam untuk berjaya. Semoga Berjaya!

AsiaCamp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *