Article, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

AKTIVITI ABSEILING UNTUK JATI DIRI DAN KEPIMPINAN DIRI

Abseiling atau dikenali juga sebagai sukan tali tinggi merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi serta daya ketahanan otot tangan dan kaki yang kuat. Melalui aktiviti abseiling, para peserta bukan sahaja dapat mempelajari cara-cara penggunaan tali, penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas, cara menurun yang curam malahan peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut. Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Terdapat banyak kelebihan sukan rekreasi ini untuk kita.

MENINGKATKAN JATI DIRI

Melalui aktiviti lasak seperti ini boleh mengajar kita untuk berfikir bahawa tidak ada yang mustahil yang kita tidak boleh boleh buat. Bagi yang pertama kali atau yang tidak pernah langsung terlibat dengan aktiviti seperti ini pastinya akan merasa takut untuk mencuba. Namun, apabila kita berjaya lakukannya dengan bimbingan kita akan menikmati kepuasan yang tidak dapat kita gambarkan. Kita bukan saja berjaya mengatasi rasa ketakutan dalam diri malahan meningkatkan keyakinan dalam diri kita bahawa kita mampu lakukan apa yang kita rasa kita tidak mampu lakukannya. Dari sinilah jati diri kita terbentuk. Sedikit sebanyak dapat membantu kita yakinkan hal ini dalam urusan lain kehidupan kita.

MEMUPUK KEPIMPINAN DIRI

Aktiviti seumpama ini sangat membantu kita untuk memupuk kepimpinan diri. Bagaimana caranya? Ia berlaku apabila takut menguasai kita, kita yang akan putuskan samada ingin teruskan terjunan atau mengikut rasa takut kita tersebut. Ini secara tidak langsung mengajar kita untuk membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut. Bagi yang mempunyai ketakutan yang tinggi dalam diri pastinya aktiviti ini menimbulkan rasa cuak dalam diri. Apabila kita mengawal rasa takut di dalam diri, kita akan sukar membuat keputusan yang baik. Membuat keputusan yang baik merupakan aspek kepimpinan diri yang perlu ada.

ABSEILING MENINGKATKAN KECERGASAN TUBUH BADAN

Abseiling mampu meningkatkan kecergasan badan, stamina yang berterusan, dan semangat yang tinggi. Jika ada yang selalu melakukan sukan lasak akan perasan perubahan emosi yang makin tenang dan dapat meningkatkan keyakinan  diri secara tidak langsung.

MEMBERI BANYAK MANFAAT

Secara keseluruhannya, banyak lagi kebaikan yang ada dalam aktiviti abseiling ini. Contohnya boleh menambah kenalan baru, meningkatkan keyakinan diri, mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, dan memberi keseronokkan dan pengalaman baru dalam diri kita. Disebabkan inilah kita perlu ambil peluang dan ruang untuk mencuba aktiviti seperti ini. Semua ini ada disediakan di kem kami, sila layari laman web kemrekreasi2u.com untuk lebih info.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *