Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

5 aktiviti team building yang menguatkan hubungan tim syarikat

Terdapat pelbagai jenis sukan rekreasi yang boleh mengeratkan hubungan sesama staff di pejabat. Ia ibarat pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana melibatkan peristiwa yang menyeronokkan yang berlaku diantara staf. Ia sekaligus meningkatkan tahap kepercayaan dan saling kerjasama antara ahli kumpulan. Topik pada hari ini adalah berkaitan dengan sukan rekreasi yang melibatkan air, bagaimana dapat mempercepatkan proses team building. Pastinya aktiviti-aktiviti yang akan diterangkan nanti adalah aktiviti lasak dan santai yang berkaitan dengan air. Jom kita lihat jenis aktiviti, mungkin ada yang akan menarik minat anda untuk mencuba nanti.

White Water Rafting

Aktiviti ini adalah satu aktiviti dimana para peserta akan menaiki bot beramai-ramai pastinya di lokasi air yang mempunyai aliran yang deras. Namun, jangan bimbang kerana aktiviti jenis ini akan disediakan jaket keselamatan. Kebiasannya juga akan ada pakar yang bersama anda untuk memastikan keselamatan anda terjaga. Cabarannya akan terasa apabila anda akan melalui air yang tenang pada awalnya dan akhirnya bot anda akan mula terumbang-ambing akibat arus deras mula membadai. Memang akan membuat anda rasa teruja. Di masa inilah semangat kerja berpasukan akan terbina. Proses team building berlaku dengan cepat.

Bamboo Rafting

Sukan rekreasi ini lebih kurang sama dengan aktiviti di atas namun yang membezakannya ialah penggunaan buluh yang digunakan untuk membuat rakit. Kosnya juga adalah menjimatkan, jauh lebih jimat. Cabarannya adalah bagaimana anda perlu imbangkan kedudukan rakit tersebut bersama-sama ahli kumpulan anda. Biasanya, untuk mengimbanginya, seorang peserta perlu berdiri di hadapan dan seorang lagi perlu berdiri di belakang. Mereka perlu serentak mengayuh rakit tersebut. Impaknya terhadap proses team building jangan katalah, ianya lebih memberi kesan kerana kepayahannya ketika menjayakan aktiviti ini bersama.

water rafting by Uniten Team

Waterfall Abselling

Pastinya aktiviti ini perlu dilakukan berhampiran dengan air terjun yang mempunyai ketinggian yang bersesuaian. Ini pasti membuat anda merasa seronok kerana aktiviti anda akan ditemani bunyi air terjun. Seperti yang kita ketahui bunyi air terjun merupakan satu terapi untuk menenangkan diri seseorang dari stress. Di samping itu, kita akan merasa tempias dari air terjun tersebut. Bagi anda yang ingin mencabar sikap gayat anda pada ketinggian atau ingin membina keyakinan yang tinggi dalam diri, boleh mencuba aktiviti ini. Pasti membuat anda rasa teruja nanti. Apa kaitannya pula dengan aktiviti team building? Beginilah, kami percaya, kepercayaan diri yang tinggi menjadikan sesuatu kerja akan lebih berkualiti. Apabila kerja kendiri menjadi lebih berkualiti, hasil kerja berkumpulan akan tampak lebih menyerlah dari biasa.

Berkayak

Berkayak, antara aktiviti yang nampak sangat senang dilakukan namun sebenarnya agak mencabar. Cabarannya adalah ketika ingin mengekalkan kayuhan terutamanya apabila berkayak secara berpasangan. Setiap masa kayuhan perlu distabilkan. Namun yang pasti, anda boleh merasai seolah-olah bersiar-siar di atas air sambil menikmati pemandangan alam sekitar yang pastinya menenangkan jiwa. Aktiviti ini sesuai untuk syarikat kecil yang mempunyai pasukan 10 orang kebawah.

Jika anda ingin merasa beberapa sukan rekreasi yang melibatkan air dengan seronok dan mencabar ditambah lagi bersama pakar yang akan memastikan keselamatan anda, anda boleh layari www.asiacamp.com untuk melihat jenis aktiviti yang tersedia di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *