Uncategorized

Apa Itu ‘Team Building’?

Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasi, samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan inilah selalunya sesebuah organisasi akan sentiasa membawa para pekerja mereka mengikuti program ini sekurang-kurangnya setahun sekali.

Team Building atau  Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di antara para peserta untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan secara bersama.

Melalui aktiviti seumpama ini juga mereka akan dapat belajar bagaimana proses yang perlu mereka lalui untuk mencapai kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan bagaimana ingin melahirkan hubungan yang baik samada di antara mereka dengan pihak pengurusan mahupun sesama mereka.

Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap peserta akan mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan organisasi mereka dan bekerja seiringan untuk mencapai matlamat  yang telah ditetapkan.

Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah bukan sekadar untuk melihat atau menguji tahap semangat berpasukan para peserta malahan  untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Hal ini akan dipraktikkan apabila mereka masuk bekerja nanti.

Program biasanya akan diadakan di luar dari lingkungan kerja, yang dipilih oleh organisasi di tempat mereka berkhidmat. Biasanya memakan masa beberapa hari dan para peserta perlu bermalam di sana dengan melakukan pelbagai aktiviti yang diatur mengikut visi dan misi sesebuah organisasi.

Kebiasaannya selepas program dijalankan, para peserta akan kembali bersemangat untuk kembali bertugas. Ini menunjukkan yang program team building mampu memberi banyak manfaat bukan hanya kepada para peserta malahan kepada organisasi.

Ini juga disebabkan kerana bukan hanya aktiviti indoor sahaja yang terlibat malahan aktiviti outdoor juga dijalankan untuk membawa satu pengalaman baru dalam diri para peserta. Pengalaman ini akan merangsang mereka untuk lebih fokus terhadap kerja mereka nanti.

Inginkan program yang terbaik untuk team building organisasi anda boleh layari asiacamp.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *