KHASIAT BUNGA CENGKIH

Cengkih merupakan salah satu rempah yang sering digunakan sebagai perencah masakan. Mampu membuat masakan menjadi lebih wangi. Meskipun bentuknya kecil namun khasiatnya sangat besar, termasuk dapat meredakan sakit gigi.

Cengkih digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Ia di ambil untuk membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisma tubuh mampu meningkat. Dalam pengubatan China, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan stress.
Cengkih bersifat antiseptic dan berfungsi mengurangi rasa sakit gigi, digunakan dalam bentuk minyak untuk di titiskan kebahagian rongga gigi yang sakit. Cengkih tidak hanya dibuat minyak, ia boleh dijadikan dalam bentuk serbuk, jika dijilat atau dimakan sedikit dipercaya dapat melega rasa mual dan sakit perut. Minyak pati cengkih mempunyai fungsi sebagai anastetik dan antimikroba. Dapat diguna untuk menghilang bau nafas dan melegakan sakit gigi. Zat eugenol digunakan oleh doktor gigi untuk menenangkan saraf gigi, selain itu mengatasi gangguan pencernaan, muntah-muntah, sakit perut, mual, sakit dada, batuk, perut mulas sewaktu haid, sakit sendi, kekejangan, Kolera, Menghitamkan alis mata, Meningkat denyutan Jantung dan Campak.

MISAI KUCING SEBAGAI ALAT PENGUKUR KETIKA MASUK LUBANG

Hujung misai kucing membantu menentukan apakah si kucing boleh masuk melalui lubang kecil.
Secara teori, hujung misai kucing memiliki lebar yang sama dengan tubuh kucing, jadi kucing menganggar adakah boleh masuk ke dalam lubang itu atau tidak.
Ketika kucing memasukkan kepalanya ke dalam lubang, dia tidak hanya melihat ke dalamnya saja, namun kucing juga sedang memeriksa dengan misainya apakah dirinya muat masuk lubang atau tidak. Namun sayangnya misai kucing tidak selalu tepat, terutama bagi kucing yang kelebihan berat badan.

MISAI KUCING MELINDUNGI MATA
Misai yang berada di atas mata membantu kucing ketika berburu di kawasan rumpat yang panjang.
Misai ini akan memicu mata kucing untuk berkedip saat tersentuh sesuatu, untuk menghindari mata dari ranting atau cabang pohon ketika si kucing berlari.
Misai ini berguna juga ketika sedang melakukan sentuhan fizikal dengan haiwan lain dan manusia, jadi jika misai ini tersentuh, si kucing akan mengedipkan matanya.

YOGHURT SUMBER KALSIUM IBU HAMIL

Yogurt adalah sumber kalsium terbaik. Dalam setiap satu cup yogurt tanpa lemak ditemukan sekitar 256 mg kalsium. Kalsium menjadi salah satu mineral yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan janin. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kecacatan saraf dan masalah pada kesihatan tulang dan gigi. manfaat kalsium bagi ibu hamil dan janin dari yogurt adalah seperti berikut:
• Kalsium menjadi mineral yang penting untuk pertumbuhan tulang pada janin
• Kalsium juga membantu ibu hamil menyerap nutrisi yang penting untuk tulang sehingga terhindar dari
osteoporosis
• Yogurt mengandung kalsium yang cukup tinggi sehingga membantu ibu hamil agar terhindar dari masalah
kesihatan usus.
• Sumber kalsium dari yogurt juga sangat penting untuk membantu perkembangan janin.

MISAI KUCING MEMBANTU MEMBURU

Tahukah anda? Yang menarik adalah misai pada kucing juga terdapat pada kaki kucing, tepatnya di bawah pergelangan kakinya yang berguna dalam berburu.
Ketika kucing telah menangkap mangsanya, misai pada kakinya akan membantu menentukan apakah ada pergerakan dari mangsa yang telah ditangkap.
Selain itu, karena kucing tidak dapat melihat dengan baik dalam jarak dekat, misai tersebut membantu menentukan posisi mangsa serta membantu untuk memberikan gigitan yang mematikan pada mangsanya.

KHASIAT MINUMAN BARLI

Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.

Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

Air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. Bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga. Ia juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam.

Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

KHASIAT BUNGA KANTAN UNTUK KESIHATAN

Menurut perubatan tradisional, bunga kantan ini digunakan dan sangat bermanfaat untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka. Caranya adalah dengan merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga.
Selain daripada itu, buah kantan turut dipercayai mampu digunakan bagi menguatkan tenaga batin lelaki. Buahnya yang telah masak digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin lelaki dengan cara merebuskan buah kantan yang telah masak dan air rebusannya diminum. Akan tetapi, pastikan anda bertanya kepada pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu supaya anda mengambilnya dalam sukatan yang betul agar tidak timbul masalah lain.
Selain daripada bunga dan buahnya, daun kantan turut mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Sekiranya anda mempunyai luka pada badan, anda bolehlah menggunakan air rebusan daun kantan dan jadikan air tersebut sebagai air pencuci luka iaitu dengan cara melumurkan atau membasuh ke seluruh bahagian yang mengalami luka.
Seterusnya, buah kantan dikatakan boleh merawat kencing manis dan darah tinggi juga. Buah kantan di rebus dan kemudian anda boleh minum air rebusan tersebut. Boleh diambil setiap hari dan hendaklah dalam kuantiti yang betul.

APA ITU KETUMBAR?

Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm.

KHASIAT TUMBUHAN KEMUNTING

Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri. Di percayai juga buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman. Daun kemunting pula boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan kemdian mampu menyembuhkan luka-luka. Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas , melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita. Semasa berada di Pulau Aur, Mersing dulu saya pernah dengar air rebusan daun dan akar kemunting di gunakan sebagai minuman untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, mengawal cirit birit dan untuk sakit perut. Bahagian akar kemunting yang direbus dijadikan rawatan pedih bawah dada dan mengatasi masaalah sistem penghadaman. Akar yang dicampur air mendidih boleh digunakan untuk rawatan mata atau dijadikan ubat pupuk pada dahi.

ALAMAK, BADAN BERBAU? AMALKAN PETUA INI

Deodarant atau minyak wangi diguna untuk mengatasi bau badan. Namun, wangian itu belum tentu boleh menyelesaikan masalah sesetengah badan yang berbau tengik dan busuk sehingga melekat pada bahagian baju yang dipakai.
Oleh itu, wujudnya petua orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan semulajadi memang terbukti keberkesanannya. Petua untuk menghilangkan badan berbau adalah dengan menggunakan daun sirih. Ini kerana daun sirih ada khasiat tersendiri dan ada kandungan zat yang aktif untuk menghilangkan bau badan. Caranya adalah ambil lima helai daun sirih dan rendam ke dalam bekas yang mengandungi air panas. Kemudian, minum air rendaman tersebut sekiranya sudah suam. Selain itu, bunga cengkih juga dapat menghilangkan bau. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih lalu letakkan ke dalam secawan air panas. Rendam bunga cengkih sehingga kembang lalu diminum airnya ketika suam.