KETAHUI PUNCA BERLAKUNYA KEMURUNGAN

Kemurungan boleh berlaku dikalangan semua orang. Kemurungan boleh terjadi oleh beberapa faktor. Kemurungan boleh berlaku bila seseorang berasa sedih dan tidak berminat dengan kehidupan.

Faktor kemurungan boleh terjadi kerana adanya hubungan kekeluargaan yang tidak baik. Hubungan antara ibu bapa dan suami isteri sering bertengkar boleh berlakunya tekanan perasaan pada diri sendiri.

Selain itu, kajian juga menunjukkan faktor genetik adalah salah satu membawa kepada kemurungan. Sekiranya ada ibu bapa mempunyai masalah kemurungan menyebabkan anak turut mengalami masalah kemurungan.

 

 

 

 

 

 

 

 

TIPS BALIK KAMPUNG BERAYA

Adakah anda memulang pulang ke kampung pada tahun ini? Di sini ada beberapa tip untuk anda ketika pulang beraya di kampung.

Rancang perjalanan anda

Okey, dah boleh mula rancang perjalanan anda sebelum balik ke kampung. Dengan merancang masa perjalanan terlebih dulu, ia akan memudahkan urusan anda untuk pulang beraya.

Servis kereta anda

Seeloknya servis kereta dilakukan tiga hingga ke lima hari sebelum memulakan perjalanan anda. Periksa tayar kenderaan, air bateri, enjin dan minyak enjin pada hari perjalanan.

Perisian GPS

Anda boleh menggunakan perisian Waze supaya dapat menunjukkan arah jalan kepada anda. Sebagai tambahan, anda boleh membawa handphone sebagai peranti GPS. Powerbank juga perlu untuk memastikan telefon anda tidak habis bateri.

Nikmati perjalanan

Cubalah nikmati perjalanan anda dengan sebaiknya. Perjalanan akan menjadi indah sekiranya anda menyaksikan pemandangan bukit-bakau yang menghijau.

 

 

 

 

 

7 Tips Memburu Malam al-Qadar

Sedar tidak sedar kita sudah masuk fasa akhir Ramadhan. Bulan mulia ini akan pergi tinggalkan kita. Dalam bulan ini, ada satu malam istimewa yang lebih baik dari 1000 bulan. Itulah Malam al-Qadar. Justeru, kami di sini ingin kongsikan beberapa Tips memburu Malam al-Qadar.
1. Sediakan diri kita untuk menghidupkan malam dengan ibadah. Kurang dan jauhkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia. Perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah seperti zikir dan tadarus Al Quran. Tidur sebentar (qailullah) pada waktu siang dengan niat untuk memudahkan kita bangun di malam hari. Apabila persediaan dimulakan bermula di siang hari lagi, maka dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah swt, Dia akan permudahkan kita untuk bangun tahajud kerana niat telah pun dipasang sejak di awal hari lagi.
2. Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajjud. Tidak pernah rugi apabila kita memasang niat yang baik. Seandainya kita terlepas daripada mengerjakan sebarang amalan pada malam tersebut, Allah swt telah pun memberikan kita pahala tahajud kerana niat kita tadi.
3. Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid bagi lelaki. Jika kita baca kelebihan-kelebihan iktikaf, sememangnya kita mengakui bahawa ia adalah dikatakan oleh Allah SWT sebagai “Ajrun ‘Azim” (ganjaran yang sangat besar). Bagi wanita pula, jangan bersedih. Kita boleh berniat iktikaf di rumah. Dan insyaAllah, pahala juga akan berganda, bila kita dapat galakkan suami kita untuk iktikaf di masjid.
4. Baca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Malam al-Qadar. Seelok-eloknya, bacakan buku ini kepada orang lain. Dan sekiranya tidak, bacalah dengan suara yang agak kuat untuk diri sendiri. Lebih banyak kita yakin terhadap janji-janji Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin kuatlah diri kita untuk menanggung segala kesusahan sewaktu menjalani ibadah tersebut. Buku yang sangat disyorkan ialah Kitab Fadhilat Ramadhan, karangan Sheikhul Hadis Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya (rah.a)
5. Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar. Selitkan dalam perbualan harian kita tentang kisah-kisah kelebihan Lailatul Qadar. Ceritakanlah kelebihan malam ini kepada orang lain, meskipun kita sendiri masih belum mempunyai kekuatan untuk bangun tahajud di tengah malam. Mudah-mudahan, dengan banyaknya kita menceritakan / mendakwahkan kelebihan malam ini, Allah swt akan beri kita kekuatan untuk bangun pada malam tersebut.
6. Ceritakan kepada anak mengenai qiamulail, tahajjud dan Malam al-Qadar. Tidak kisahlah berapa pun umur anak itu, tidak kira samada dia dapat memahaminya atau pun tidak. Kerana niat kita adalah untuk memperbaiki diri sendiri. Saya telah mencuba tips ini. Saya telah ceritakan tentang kebihan tahajud kepada Nabilah yang baru berusia 3 tahun++, dan dia sendiri telah bangun di malam hari. Membentang sejadah, dan duduk berdoa di atasnya. Allahuakbar!! Malu betul, kalau anak boleh tahajud, tapi mak masih tidur.
7. Untuk yang istiqamah mengerjakan witir selepas terawih/sebelum tidur, anjakkan waktu witir selepas waktu tahajud. Disebabkan kita yang telah biasa menutup segala ibadah kita dengan witir, tetapi belum lagi melakukannya sebelum tidur, maka kita akan termotivasi untuk bangun di malam hari meskipun hanya untuk mengerjakan satu rakaat solat witir.
Semoga bermanfaat untuk semua.

HAPUSKAN JERAWAT!

Timbulnya jerawat mungkin menghilangkan keyakinan diri apabila berdepan dikhalayak ramai.  Terdapat pelbagai produk di drugstore untuk menghilangkan jerawat, tetapi anda juga boleh mencuba cara tradisional ini.

Anda boleh menggunakan serbuk kunyit. Letak setitik air pada sesudu serbuk kunyit lalu sapu pada jerawat pada muka. Lakukan sehingga jerawat tiada. Selain itu, jus lemon juga dapat menghilangkan jerawat. Guna bola kapas yang diletak jus lemon. Tekapkan pada bahagian jerawat dalam kiraan 15 minit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu. Oleskan madu pada tempat yang berjerawat. Madu mempunyai anti bakteria yang dapat membunuh jerawat. Lihat! Semua bahan yang anda guna memang semulajadi, kan? Ia dapat menjimatkan wang anda.

 

CARA UNTUK HILANGKAN LINGKARAN HITAM BAWAH MATA

Munculnya lingkaran gelap bawah mata disebabkan oleh faktor kurang tidur, hidung tersumbat, perubahan hormon dan sebagainya.

Anda boleh mengamalkan cara tradisional iaitu dengan menggunakan timun. Caranya adalah letakkan dua hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Timun dapat mengembalikan kesegaran mata yang bengkak kerana ia mengandungi antioksidan. Selain itu, kentang juga berfungsi untuk menghilangkan lingkaran bawah mata. Caranya, potong nipis kentang lalu letakkan bawah mata dalam anggaran 15-20 minit. Lalu dibilas dengan air. Paling penting untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata adalah tidur yang cukup.

CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK

Isu berhenti merokok dengan mudah memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghentikan tabiat merokok. Nikotin yang ada di dalam asap rokok menyebabkan mereka sukar untuk berhenti merokok. Ini kerana nikotin menyebabkan ketagihan kepada perokok.

Anda boleh melengahkan waktu sekiranya memasang niat ingin merokok. Lakukan apa saja untuk mengalih perhatian. Selain itu, kenalpasti kenapa anda ingin merokok. Boleh jadi ketika melepak bersama kawan-kawan atau ketika sedang stress? Elakkan diri anda dari hal sedemikian. Melakukan aktiviti senaman juga boleh menghalang anda dari merokok. Paksalah diri anda untuk berhenti merokok.

 

 

 

 

KELEBIHAN MADU

Tahukah anda madu mempunyai berjuta-juta khasiatnya yang tersendiri? Madu sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Okaylah, di sini saya ingin terangkan kebaikan madu yang akan saya kongsikan. Madu dapat mengurangkan angin dalam badan. Sekiranya anda mengalami kembung perut, amalkan minum segelas air madu. Madu juga boleh boleh meningkatkan sistem imunisasi badan. Ini kerana madu ada vitamin, mineral dan enzim yang mampu memerangi bakteria dan dapat meningkatkan ketahanan badan. Kulit pun makin berseri apabila banyak toksin berjaya disingkirkan dalam badan. Risiko sakit jantung dapat dikurangkan kerana madu mengandungi flavonoid dan antioksidan yang amat baik kesihatan jantung.

 

 

 

 

 

 

 

ALAMAK, BADAN BERBAU? AMALKAN PETUA INI

Deodarant atau minyak wangi diguna untuk mengatasi bau badan. Namun, wangian itu belum tentu boleh menyelesaikan masalah sesetengah badan yang berbau tengik dan busuk sehingga melekat pada bahagian baju yang dipakai.

Oleh itu, wujudnya petua orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan semulajadi memang terbukti keberkesanannya. Petua untuk menghilangkan badan berbau adalah dengan menggunakan daun sirih. Ini kerana daun sirih ada khasiat tersendiri dan ada kandungan zat yang aktif untuk menghilangkan bau badan. Caranya adalah ambil lima helai daun sirih dan rendam ke dalam bekas yang mengandungi air panas. Kemudian, minum air rendaman tersebut sekiranya sudah suam. Selain itu, bunga cengkih juga dapat menghilangkan bau. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih lalu letakkan ke dalam secawan air panas. Rendam bunga cengkih sehingga kembang lalu diminum airnya ketika suam.

WARISAN TURUN-TEMURUN

Batu seremban dikenali juga batu selambut. Permainan ini selalu dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia dimain secara berkumpulan samada dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar digunakan dalam permainan ini. Batu seremban dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja dengan permukaan lantai yang rata.

Cara bermain:

Buah satu :

Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul di tangan kiri ke tangan kanan.

Buah dua :

Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali dilambung.

Buah tiga :

Sama juga seperi buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.

Buah empat :

Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.

Buah lima :

Serakkan biasa, ambil 3 buah di tangan kanan dan 2 buah di tangan kiri, lambung satu buah yang di tangan kanan sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (dua buah di tangan kiri dan 2 di tangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ke tangan kanan.

Buah enam :

Pada peringkat ini, pemain akan mendapati bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah lain yang ada di atas lantai sehingga selesai.

Buah tujuh :

Buah tujuh adalah turutan daripada buah enam. Dua biji buah yang berada di tangan haruslah dilambung serentak. Hanya sebiji buah yang dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan satu lagi di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

BAHAYA SUPLEMEN DIAMBIL SECARA BERLEBIHAN

Suplemen makanan merupakan persiapan yang dimaksudkan untuk melengkapi diet dan memberikan nutrisi seperti seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak yang mungkin hilang atau tidak boleh digunakan dalam jumlah yang cukup dalam diet seseorang.

Obses terhadap suplemen boleh mendatangkan keburukan kepada tubuh badan. Pengambilan suplemen tanpa pakar mungkin membawa risiko kepada kesihatan. Makanan suplemen menjamin tumbesaran normal dan meningkatkan daya tahan penyakit. Osteoporosis disebabkan tulang lemah, rapuh dan senang patah. Pengambilan kalsium seharian yang cukup dapat membina tulang yang kuat. Oleh itu, kadar kehilangan jisim dapat ditingkatkan. Pengambilan bahan ini tanpa rujukan boleh menyebabkan keracunan. Ini kerana sesetengah orang mungkin tidak sesuai mengambil makanan suplemen tertentu. Makanan yang mengandungi bahan garam mineral yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit dan pening. Pil-pil vitamin pula menyebabkan pengambilnya muntah-muntah dan badan ditumbuhi bitnik merah. Pengambilan dos berlebihan akan merosakkan sistem saraf dan fikiran seseorang. Justeru itu, walaupun suplemen mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan namun dos pengambilannya hendaklah dirujuk pada pakar terlebih dulu.