CINTA MONYET ZAMAN SEKOLAH

Hai…Assalamualaikum.

Tengok tajuk artikel macam menarik. Hah, ni mesti ada yang tersenyum sorang-sorang kan? Ala, tak nak mengaku pulak. Semua orang ada cinta monyet. Termasuklah saya. Kelakarlah kalau ingat balik cinta monyet ni.

Macam-macam style pun ada! Zaman sekolah rendah la yang tak boleh blah. Kecik-kecik lagi dah ada boyfriend.

  • Zaman sekolah tiada telefon bimbit. So kena guna telefon rumah untuk bergayut. Tapi call rumah bahayalah sikit takut-takut mak dia yang angkat. Bergayut menggunakan telefon rumah ada risiko juga. Adik kita selalu dengar curi perbualan. Selalunya kita boleh dengar bunyi bergema kalau ada orang angkat telefon semasa kita sedang berbicara.
  • Zaman sekolah dulu kalau kau bercinta dengan pengawas ke, atlet sekolah ke, kaulah yang paling famous. Hebat betul siapa yang dapat ketua pengawas. Kiranya kau memang hot la.
  • Masa gaduh, pujuk guna surat je. Ayat nak pujuk pula jiwang. Confirm cairlah.
  • Kalau masa birthday, sure dapat hadiah. Itu yang seronok. Kalau tak ada duit nak beli hadiah mahal-mahal, hadiah hari jadi sekadar beri kad tangan. Gigih gila gunting huruf-huruf di surat khabar dan majalah.

Flying fox? Keterujaan Yang Luar Biasa

Flying fox dilakukan dengan cara meluncur dari ketinggian tertentu melalui wire (kabel). Mereka yang melakukan flying fox akan berasa seronok kerana dapat merasai pengalaman dan suasana yang berbeza. Cara bermain flying fox pemain hanya perlu meluncur dari ketinggian melalui tali yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Ketika melakukan flying fox, kita hanya perlu menggunakan beberapa peralatan khusus yang disediakan untuk keselamatan. Antara peralatan semasa melakukan aktiviti flying fox adalah figure of eight, carabineer, seat harness dan helmet. Setelah menyiapkan diri dengan peralatan tadi, cara-cara untuk melakukan flying fox dengan betul iaitu sebelum meluncur kita hanya perlu duduk di atas seat harness sambil tali sudah dikenakan pada tali yang sudah diikat pada pokok ke pokok, dinding ke dinding atau sebagainya apabila sudah digantungkan. Setelah itu, langkah seterusnya iaitu meluncurkan diri daripada papan yang dipijak. Hilangkan rasa takut dan lakukan seolah-olah kita sedang terbang. Setelah ditarik oleh orang yang menunggu dipenghujung tali, kita hanya perlu berdiri pada kerusi atau tempat tinggi yang disediakan supaya petugas mudah menanggalkan carabineer yang diikat pada tali.

 

 

 

 

Tips Semasa Berkhemah

Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat kediaman sementara bagi berteduh dan bermalam. Berkhemah adalah satu  kehidupan sederhana di luar rumah atau bangunan sama ada di pantai, hutan, bukit dan lain-lain. Sekiranya melakukan aktiviti ini, tanggungjawab terhadap perlindungan, keselamatan, makanan, alam sekitar dan aktiviti yang akan dilakukan semasa perkhemahan. Oleh itu, perancangan dan pengetahuan yang luas adalah perlu sebelum melaksanakan aktiviti ini. Perancangan dan persiapan haruslah dibuat kerana ia merupakan asas keselesaan dan keselamatan semasa aktiviti diluar. Selain itu, memahami lokasi aktiviti perlu berada di dalam lingkungan undang-undang, mental, fizikal dan peralatan. Faktor cuaca adalah faktor utama yang menentukan keselesaan, kepuasan dan kebolehan diri semasa aktiviti.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN SEBELUM PERKHEMAHAN

1. Perlindungan

Khemah perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu, ianya perlu diberi perlindungan dari serengga.

2. Keselesaan

Khemah perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Ruang juga perlu untuk menyimpan barang-barang.

3. Kalis air

Khemah mestilah dari jenis yang kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Oleh itu, pastikan khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.

4. Tahan lasak

Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu diambil perhatian. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak iaitu tidak mudah koyak apabila digunakan untuk jangkamasa yang sesuai dan munasabah.

5. Ukuran

Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.

6. Harga

Biasanya khemah memenuhi syarat di atas, biasanya lebih mahal dari khemah yang memenuhi satu atau dua syarat, jika membeli khemah yang berharga berates ringgit dan tidak menggunakannya.

 

Tak kenal maka tak cinta! JOM KENALI KAYAK

Kayak merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup dan menggunakan dua bilah mata duyung didayung secara terlunjur. Kayak biasanya dikemudikan menggunakan dua belah pendayung. Pengguna kayak duduk dalam kayak dengan kaki mereka ke hadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (spraydeck). Sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air.

1. CARA MEMEGANG PENDAYUNG

Berdayung (paddling) adalah satu gerak yang dilakukan oleh anggota kayak bagi menggerakkan kayak sama ada dari satu tempat ke tempat lain atau dari suatu posisi ke satu posisi yang lain. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang wajib kepada setiap individu yang ingin melibatkan diri dengan kegiatan kayak. Sebelum anda berdayung, terlebih dahulu mestilah tahu memegang dayung dengan cara yang betul. Ketika memegang shaft/bar (batang paddle) hendaklah dengan kedua belah tangan. Pegangan ini janganlah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk menggerak-gerakkan ketika berdayung. Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu. Posisi badan hendaklah dibawa ke belakang seberapa mungkin supaya bahagian belakang dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada dalam keadaan yang selesa. Apabila berdayung kedudukan bilah dayung (paddle) mestilah keseluruhannya berada dalam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak dapat diperolehi. Kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.

2. ISYARAT MENGGUNAKAN PENDAYUNG

  1. berhenti – kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang. Dayung diangkat melepasi paras kepala. Ia bertujuan untuk mengarahkan semua pendayung berhenti.
  2. berakit – dayung diangkat tegak ke atas dan mata dayung yang berada di udara mesti selari dengan arah bow kayak. Ia bertujuan untuk mengumpulkan pendayung.
  3. arah pergerakan – apabila dayung diletakkan secara melintang di sebelah kiri, ia bermakna semua kayak perlulah bergerak ke kiri dan begitulah sebaliknya.
  4. kecemasan – dayung diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak. Ia bertujuan untuk menarik perhatian rakan bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
  5. call off – dayung diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang. Ia bertujuan untuk memanggil semua kayak pulang ke pengkalan kerana situasi kecemasan.

 

Sukan Berupaya Menghilangkan Tekanan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk tujuan pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Sukan ialah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran secara rekreasi dan mengandungi peraturan-peraturan dalam mengejar kecemerlangan. Golongan belia disaran melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah yang lain sebagai salah satu cara berkesan melepaskan tekanan. Para belia juga mengalami tekanan sama ada dikalangan mereka yang masih bersekolah, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun mereka yang baharu memasuki alam pekerjaan. Tubuh yang sihat dan cergas banyak membantu kita mengharungi rutin hidup yang semakin mencabar.

Tips Jaga Kesihatan Ketika Cuaca Panas

Negara Malaysia memiliki 2 musim, iaitu musim panas dan hujan. Sekalinya panas, panas sangat. Apabila hujan, hujan yang amat kuat. Tentunya tubuh kita akan terkejut dengan perubahan ekstrim tersebut. Kalau harus pandai menjaga kesihatan tubuh agar tetap dalam keadaan sihat. Sebenarnya faktor yang membawa kepada masalah kesihatan tidak hanya terjadi pada musim sahaja, namun juga musim panas. Bagi menjaga kesihatan tubuh agar tetap dalam keadaan sihat di musim panas, ada beberapa tips. Antaranya ialah :

  1. Minum lebih banyak air yang tidak mengandungi alkohol dan gas, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga untuk minum.
  2. Sekiranya meminum minuman yang mengandungi alkohol atau yang mengandungi banyak gula, ini sebenarnya boleh menyebabkan kehilangan lebih banyak air dari badan anda. Juga elakkan meminum minuman yang sangat sejuk, kerana ia boleh menyebabkan kekejangan.
  3. Sentiasa berada dalam rumah dan jika perlu tinggal di tempat yang berhawa dingin. Jika rumah anda tidak mempunyai penyaman udara, pergi ke pusat membeli-belah atau perpustakaan awam. Beberapa jam menghabiskan masa dalam penghawa dingin boleh membantu badan anda kekal sejuk sebelum anda kembali ke luar di dalam cuaca panas. Hubungi jabatan kesihatan tempatan anda untuk mengetahui jika terdapat mana-mana tempat perlindungan pelepasan haba di kawasan anda.
  4. Pakai pakaian yang tidak tebal, berwarna cerah dan longgar.

Jika terpaksa keluar dalam cuaca panas terik:

  1. Hadkan aktiviti luar anda hanya pada waktu pagi dan petang.
  2. Ketika berehat, cuba cari kawasan teduhan yang terlindung dari sinaran cahaya matahari secara langsung.
  3. Pelihara diri anda dari matahari dengan memakai payung atau topi yang lebar. Pakai cermin mata hitam dan gunakan krim pelindung matahari SPF15 atau lebih tinggi.

 

 

 

MARI PELAJARI IKATAN DAN SIMPULAN ASAS

Apa yang pentingnya?
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatandan simpulan dapat membantu penyelamat untuk mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa.

Apa itu Simpulan ?
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh simpulan ialah :
1. buku sila – Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
2. tindih kasih – Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
3. simpul himpit
4. lilit dua simpu.
5. simpul pemukat.

Apa kegunaan Ikatan ?
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak. Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
a) Simpulan angka 8 / figure of 8 – Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
b) Figure of eight on a bight – Kerja menyelamat.
c) Figure of eight follow the through – digunakan untuk mendaki.
d) Simpul mati / end knot – Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.
e) Buku sila / reef knot – Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
f) Ikatan manuk / clove hitch – Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
g) Body Bowline Knot – Bowline itu adalah simpulan yang sangat serba boleh. Ia cepat untuk mengikat, tidak tergelincir dan ia tidak jem.
h) Simpul pengail / fisherman knot – Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
i) Tindih kasih / bow line – Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badanmangsa.
j) Double Fisherman Knot – dua nelayan biasanya menggunakan kaedah ini untuk mengikat dua tali diameter yang berbeza bersama-sama.

Dalam aktiviti ini juga, para pelajar dapat mengaplikasi kemahiran insaniah yang telah dipelajari. Contohnya seperti pemikiran kritis dan penyelesaian masalah serta komunikasi (antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar).

‘Floating’ menyusuri Sungai Selangor

apa maksudnya???
Aktiviti yang mendedahkan dan mengajar peserta untuk terapung dan belajar erti “Water Confident” di atas air sungai. Kedudukan rehat atau rileks, kaki tidak bergerak, kepala mendongak, tangan depa atau buka seluas bahu. Aktiviti ini menggunakan peralatan seperti Buoyancy Aid sebagai alat keselamatan untuk memastikan peserta aktiviti tidak lemas. Aktiviti dijalankan di atas sungai dan kawasan yang tidak merbahaya kepada peserta. Anda dapat merasai pengalaman mengayak dalam air sungai yang kederasannya merangkumi tahap rendah hingga tahap tinggi sekali. Ini bukan masalah besar untuk sesiapa yang tidak tahu berenang kerana mereka akan menyediakan jaket keselamatan dan seorang jurulatih yang akan bersama anda.

LANGKAH KESELAMATAN
1. Bagi melindungi tumbuhan dan hidupan liar asli, peserta perlulah masuk dan keluar dari sungai di laluan pendaratan dan  laluan bot yang ditetapkan.
2. Bagi membantu menjaga sungai kita bersih. Selamatkan diri anda untuk mengelakkan kehilangan barangan peribadi dan pembuangan sampah di sungai.

HARUS DIINGATKAN BAHAWA
1. Pakai jaket keselamatan semasa melakukan aktiviti ini untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Pertimbangkan kebolehan anda sendiri dan anak anda sebelum memasuki sungai dan sentiasa mengawasi kanak-kanak di dalam dan sekitar air.
3. Gunakan peralatan yang sesuai untuk rekreasi sungai dan elakkan menggunakan permainan kolam renang atau tiub berkualiti rendah.
4. Alkohol tidak dibenarkan di taman atau di sungai.

KEBAIKAN
1. Membina keyakinan diri
Individu yang menyertai aktiviti rekreasi mampu mencapai peringkat tertinggi dalam Hierarki Keperluan Maslow (Maslow Hierarki of Needs). Untuk berkongsi lebih lanjut berkenaan apa itu Hierarki Keperluan Maslow. Pergaulan dengan para peserta aktiviti rekreasi yang lain juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang individu.

2. Mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan sahabat.
Setiap ahli keluarga boleh melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama samada di kawasan kejiranan masing-masing ataupun ke destinasi percutian yang diminati.

3. Mendekatkan diri dengan pencipta (tuhan)
Aktiviti rekreasi khususnya aktiviti rekreasi luar, biasanya melibatkan hubungan individu dengan alam semulajadi ciptaan tuhan. Individu akan lebih mengkagumi alam ciptaan tuhan.

KEBAIKAN AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI

Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur.

Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total .

Selain itu, ia mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari,bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Dengan aktiviti riadah,hal ini akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan hubungan antara keluarga mahupun taulan. Pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau padang. Keseronokan melakukan aktiviti riadah juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang disayangi di sisi kita. Dalam hal ini kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, hubungan
kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.

Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Contohnya aktiviti berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat menjadi wahana ke arah pembentukan integrasi kaum.

Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial. Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong ibarat menghitung bulu kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah,mereka tidak akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air.

Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi. Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah dan rekreasi dalam kehidupan seharian bagi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Rawatan kecemasan

  • Rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa sebelum bantuan perubatan tiba.
  • Bantuan diberikan oleh orang yang dilatih dan mempunyai pengetahuan asas perubatan.

 2.Peruntukan perundangan

Tanggungjawab majikan di bawah Peraturan 38 dalam Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970

  • Menyediakan peti rawatan kecemasan
  • Melantik orang yang bertanggungjawab menjaga peti rawatan kecemasan di mana orang tersebut dilatih untuk memberi bantuan asas perubatan

3. Tujuan rawatan kecemasan

  • Menyelamatkan nyawa mangsa
  •  Elak kecederaan menjadi lebih teruk
  •  Kurangkan kesakitan
  •  Memulihkan keadaan mangsa   

4. Garis panduan untuk memberi rawatan kecemasan

  • Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum memberikan rawatan
  • Guna sarung tangan semasa memberi rawatan
  • Jika terdapat luka, balut luka anda dengan pembalut kalis air sebelum memberi rawatan
  • Berhati-hati agar tidak tercucuk jarum atau benda tajam
  • Buang bahan-bahan yang telah kotor sebagai sisa biohazard.

KEGUNAAN PERALATAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS

  1. Adhesive Tape – Melekatkan balutan dan mencuci luka pada pembebat
  2. Alcohol Prep Pads – Mencuci sebarang bendasing / kekotoran pada luka sebelum membalut
  3. Analgesic Cream – Melegakan kesakitan otot dan lenguh pada otot kaki dan tangan
  4. Cotton Buds – Mencuci luka di kawasan sukar
  5. Safety Pin – Menetapkan kedudukan kain anduh
  6. Gunting – Memotong gauze / bandage
  7. Gauze – Melakukan pencucian / pembebat luka dan Membuat balutan / memberi tekanan pada pendarahan dan menstabilkan kepatahan
  8. Roller Bandage – Menstabilkan kecederaan /kepatahan / untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan seperti terseliuh
  9. Crepe/Elastic Bandage – Menstabilkan kecederaan / kepatahan / untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan seperti terseliuh
  10. Sarung Tangan – Melindungi diri daripada sebarang cecair badan / sumber jangkitan
  11. Sterile Eye Pad – Melindungi mata yang tercedera
  12. Kain Anduh – Membalut luka yang cedera
  13. Acriflavine (Ubat Kuning) – Untuk antiseptik dan mempercepatkan penyembuhan luka