Kelebihan berenang

Tidak dinafikan, cara terbaik untuk belajar berenang adalah dengan mempelajarinya secara praktikal. Tetapi, seringkali yang menjadi masalah, anda tidak tahu tentang teknik sebenar bagaimana untuk berenang. Sebenanrnya, untuk pandai berenang, ada perkara-perkara asas yang perlu anda ketahui. Antaranya adalah seperti kaedah kawalan pernafasan, body streamline, kaedah menendang dan menolak air dan sebagainya. Kemahiran berenang, adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dengan tertib. Maksudnya, ada teknik-tekniknya yang perlu dipelajari. Ia bukanlah sesuatu yang “natural” dimana, anda masuk-masuk sahaja dalam kolam, terus pandai berenang seperti ikan.

Sememangnya terdapat banyak kelebihan jika anda pandai berenang. Disini, saya senaraikan beberapa kelebihan berenang yang perlu anda ketahui, antaranya:-

Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat. Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.

Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga pergerakan anda itu dapatmembakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor diMalaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki. Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila andaberdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.

Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalam mengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.

Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya bermain futsal.

Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasan ketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih rasional dan tahuapakah tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.

 

Treasure Hunt

Treasure hunt adalah misi memburu harta karun yang melibatkan lima atau lebih pemain yang cuba mencari objek tersembunyi atau tempat dengan mengikuti beberapa petunjuk. Permainan memburu harta karun boleh menjadi aktiviti dalaman atau luaran. Ianya boleh dimainkan di taman, di dalam ruangan ia dapat dimainkan di dalam bilik tertentu dengan membuat kerja menyembunyikan petunjuk lebih keras.

Aktiviti treasure hunt dapat membina kerja berpasukan untuk melakukan satu matlamat bersama. Ini membantu membawa pasukan bersama kerana setiap anggota pasukan boleh menyumbang secara unik kepada perburuan.

Selain itu, aktiviti tersebut membolehkan penerokaan dan penemuan kerana kita dapat mencari tempat yang baru dan menarik dalam sepanjang perjalanan. Aktiviti treasure hunt boleh dijadikan latihan harian kerana dapat menghilangkan kalori dan mengekalkan berat badan. Ini membantu membakar kalori bukan sahaja melalui berjalan tetapi kadang-kadang berlari.

AsiaCamp.

7 TIPS KESELAMATAN KETIKA WATER RAFTING

1. Sentiasa pakai jaket keselamatan – Untuk aktiviti water rafting, alat keselamatan paling diutamakan. Bermain dengan alam kita tidak dapat menjangka apa yang berlaku. Jadi cara terbaik adalah pakai sentiasa baju keselamatan.

2. Pakai baju yang sesuai – Baju yang ringan, cepat kering, tidak cepat serap air dan tidak terlalu longgar amat membantu pergerakan sepanjang aktiviti ini.

3. Pakai helmet keselamatan – Pakai helmet semasa menjalani aktiviti untuk mengelakkan sebarang risiko.

4. Tahu teknik pegang paddle – Mengikut kajian 90% orang pertama kali bermain water rafting tidak tahu cara pegang paddle dengan betul. Ini menyebabkan diri tercedera selain rakan-rakan dalam bot juga boleh tercedera.

5. Sentiasa duduk dalam bot – Kalau kawan tercampak keluar, anda perlu stay dalam bot. Duduk dan cuba bantu melalui atas bot saja.

6. Tahu teknik apungan yang betul – Teknik apungan di arus deras tidak sama seperti apungan di air tenang seperti kolam. Teknik ini memerlukan anda bergerak mengikut arus sambil terus apungkan kaki. Kaki pula bukan di bawah tapi di depan anda. Inilah teknik yang apungan yang betul di arus deras.

7. Berikan perhatian arahan dari ketua bot – Ketua bot adalah pengemudi kapal. Kedudukan mereka di belakang sekali. Mereka akan berikan arahan- arahan tertentu untuk terus mengekalkan kedudukan bot dalam apa jua situasi agar bot terus boleh bergerak dan tidak terbalik. Selain tenaga, telinga juga kena peka mendengar setiap arahan diberikan.

AsiaCamp.

Abseiling?? Apa tuu?? Aku gayat laaaaaa…

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.

 

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut. Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan kepada para peserta, terutama peserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut.

 

Walaupun aktiviti ini kelihatan amat berbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini akan membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.

 

AsiaCamp,

The Biggest Recreation & Training Camp in Malaysia.

3 Tips Khas Hadiri Temuduga

Temuduga sentiasa memberi pengalaman yang gemuruh kepada semua orang. Disebabkan gemuruh, mereka selalu terlupa beberapa perkara penting mengenai temuduga. Nak tahu Tips Hilangkan Gemuruh? <klik sini> Berikut saya senarai tiga perkara penting yang wajar ingat untuk dilakukan pada hari temuduga.

 

#1 Menepati Masa.

Pada hari temuduga, anda perlu bangun awal dan bersedia awal untuk pergi temuduga. Jangan letakkan diri anda dalam keadaan lewat ke tempat temuduga. Jika anda lewat sampai, anda akan gemuruh ketika proses temuduga dan ia akan merendahkan peluang anda. Pastikan anda tiba paling kurang 30 minit sebelum masa sebenar. Untuk tepati masa, anda letakkan semua barang yang perlu dibawa ke dalam beg pada malam sebelumnya. Jika anda kumpul barang di waktu pagi, takut-takut ada barang yang hilang dan anda lewat pula hendak pergi ke tempat temuduga.

 

#2 Bahasa Badan.

Ketika proses temuduga, anda perlu jaga bahasa badan anda supaya nampak yakin, fokus dan berkarisma. Jangan lembikkan badan. Apabila menjawab soalan penemuduga, anda lihat terus ke mata orang yang bertanya soalan dan jawab soalan dengan penuh keyakinan. Tenangkan diri dan jangan nampak gelabah. Ketika hendak berkata-kata, anda harus bercakap dengan perlahan. Perlahan di sini bukannya nada suara yang rendah tetapi perlahan dari segi kelajuan percakapan. Percakapan yang terlalu laju menampakkan diri anda rasa gemuruh.

 

#3 Tahu Apa Yang Perlu Anda Cakap Mengenai Diri Sendiri.

Ketika temuduga, pasti ada soalan yang memberi peluang pada diri anda untuk menjual diri anda kepada bakal majikan anda. Ketika ini, pastikan anda tahu untuk bercerita mengenai diri sendiri dengan penuh yakin. Antara soalan yang beri peluang untuk menjual diri adalah;

“ Kenapa saya perlu ambil anda bekerja dengan syarikat ini? “

Soalan-soalan sebegini anda perlu untuk menjawab dengan baik kerana ia bakal memberi anda markah tambahan. Ketika menjual diri, elakkan dari terlalu memuji diri sendiri tetapi lebihkan bercerita mengenai pengalaman anda, kemahiran yang anda ada dan kelayakan yang anda ada.

 

Itu sahaja buat hari ini. Nantikan post kami berikutnya. Dan jangan lupa follow FB kami ye.

 

Asia Camp.

7 Mitos Jualan EBook – Siri 3

Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.

Pada siri yang lepas, admin telah berkongsi 5 Mitos Jualan Ebook. Anda terlepas? <klik sini untuk baca> Sambungan 2 Mitos Jualan Ebook akan admin kongsikan dalam posting kali ini. Teruskan membaca.

#6 Niche Tertentu Telah Tepu

Dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. Dalam industri informasi, semua jenis ebook boleh dijual walaupun dalam niche tersebut hampir semua perkara telah diterokai.

Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook orang lain. Contohnya, wujudkan take action dalam ebook, peta minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan mudah difahami dan lain-lain teknik lagi.

#7 Susah Untuk Menemui USP

USP adalah Unique Selling Point. Ia bermaksud anda perlu ada apa yang pesaing anda tiada dan seterusnya mewujudkan pilihan baru kepada pengguna. Dalam industri ebook, amat mudah untuk mencari USP. Anda boleh melakukan pelbagai teknik dan cara untuk mewujudkan USP di dalam ebook anda.

Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.

 

Asia Camp.

7 Mitos Jualan EBook – Siri 2

Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.

Pada siri yang lepas, admin telah berkongsi 3 Mitos Jualan Ebook. Anda terlepas? <klik sini untuk baca> Sambungan 2 Mitos Jualan Ebook akan admin kongsikan dalam posting kali ini. Teruskan membaca.

#4 Minat Yang Mendalam Tentang Sesuatu Tajuk Untuk Memulakan Ebook

Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula melakukan penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan melakukan kajian. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah faham mengenai tajuk tersebut.

Minat yang dimaksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu serapkan minat dalam penulisan supaya hasilnya adalah memberangsangkan untuk dibaca.

#5 Anda Memerlukan Testimoni Sebelum Memulakan Perniagaan Ebook

Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook kerana tidak tahu bagaimana hendak memperolehi testimoni. Senang sahaja, anda tulis ebook anda dan kongsikan kepada beberapa orang yang berkenaan untuk anda memperolehi testimoni.

Jangan rungsingkan diri anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan jaminan anda mencukupi. Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback dari pembeli untuk dijadikan testimoni.

Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.

Nak lagi? Klik sini.

Asia Camp.

7 Mitos Jualan EBook – Siri 1

Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui jualan Ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook kerana minda mereka telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.

Jika anda ada masalah untuk memulakan perniagaan ebook, anda patut teruskan bacaan anda kerana maklumat di dalam ebook ini memang boleh membantu anda untuk membuang semua perasaan prasangka terhadap perniagaan ebook.

Hari ini, admin nak kongsikan 3 dahulu mitos yang menghalang anda dari memulakan perniagaan ebook.

#1 Anda Perlukan Idea Yang Unik Dan Hebat

Untuk pengetahuan anda, idea tiada makna jika tiada pembeli. Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang betul. Jika anda perhatikan kebanyakan isi di dalam ebook boleh di dapati secara percuma di internet.

Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam ebook tersebut. Anda tidak perlu ada idea yang bernas atau idea yang hebat untuk menulis ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah mencari sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook berdasarkan maklumat tersebut.

#2 Anda Perlu Menjadi Pakar

Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulis sesuatu ebook. Apa yang anda perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu. Kualiti ebook bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca ebook.

Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual maklumat tersebut. Anda baca 3 jenis buku dan anda faham apa yang di perkatakan dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut kefahaman anda sendiri dalam bentuk ebook dan jual ia kepada orang ramai di internet. Tidak susah kan?

#3 Masa Menghasilkan Ebook Adalah Lama

Inilah mitos yang selalunya mengganggu anda untuk menjadikan diri anda sebagai penulis ebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Anda cari masalah, selesaikan masalah tersebut, kemudian anda jual penyelesaian tersebut kepada umum. Proses penulisan ebook adalah sangat mudah.

Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang senang untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka di dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-ragu lagi.

Nak tahu selebihnya? Klik sini.

 

Asia Camp.

5 Niche EBook Paling Hot – Siri 2

Kita tahu ebook adalah teknik paling mudah untuk jana pendapatan yang banyak di internet. Namun kita seperti kehilangan arah di mana hendak bermula. Sebenarnya, anda tidak perlu memikirkan sesuatu yang bernas untuk jana pendapatan melalui Ebook.

Pada siri yang lepas, admin dah kongsikan 3 Niche Ebook yang Hot. Masih anda ingat? <klik sini untuk baca> Jadi hari ini admin nak kongsikan 2 lagi Niche Ebook Yang Hot.

#4 Alam Semulajadi

Dunia semakin tercemar, itulah pendapat setiap penduduk di bumi ini. Mereka sayangkan bumi ini dan mahu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dunia ini dari tercemar lagi. Lalu, menggunakan produk semulajadi adalah terbaik. Manusia lebih percaya pada semulajadi dari perkara-perkara yang lain.

Masukkan elemen semulajadi di dalam ebook anda, ia akan meningkatkan jualan ebook anda. Semulajadi merangkumi penggunaan herba, kaedah tradisional untuk menghasilkan sesuatu, teknik untuk mengurangkan pencemaran dan lain-lain.

#5 Hobi

Niche hobi adalah niche yang sangat mahal. Manusia suka meluangkan masa melakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh wujudkan hobi baru atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah mengikut trend.

Bagi mereka yang suka bermain permainan video, permainan video mereka berubah mengikut trend. Jadi, pendapatan anda adalah tidak terhad. Ini kerana trends sentiasa berubah. Anda boleh kaji hobi apa yang sedang hangat di sekeliling anda dan ambil kesempatan darinya.

Tidak susah untuk jana pendapatan melalui ebook. Anda hanya perlu cari pembeli yang mahukan maklumat yang anda miliki. Pendapatan melalui ebook adalah tidak terhad. Anda boleh hasil dan jual beberapa ebook serentak. Anda juga boleh menjual ebook melalui kelima-lima niche serentak. Internet adalah dunia tanpa sempadan. Jadi, kenapa anda perlu ada had.

 

Asia Camp.

5 Niche EBook Paling Hot – Siri 1

Kita tahu Ebook adalah teknik paling mudah untuk jana pendapatan yang banyak di internet. Namun kita seperti kehilangan arah di mana hendak bermula. Sebenarnya, anda tidak perlu memikirkan sesuatu yang bernas untuk jana pendapatan melalui ebook.

Di hari yang indah ini, admin nak kongsikan dahulu 3 niche ebook yang hot iaitu niche yang mempunyai bilangan pembeli yang banyak dan akan sentiasa laris.

#1 Buat Duit Online

Ia pelik bukan. Anda jana pendapatan dengan menjual teknik bagaimana hendak jana pendapatan di Internet. Tetapi, anda mahu jana pendapatan bukan? Jadi, tiada salahnya untuk anda jual produk buat duit di internet.

Jika kena pada caranya, anda boleh jana wang yang banyak menerusi niche ini. Namun, jika anda tersilap langkah, ia mampu memberi tamparan yang besar kepada anda.

#2 Fitness dan Weight Loss

Manusia adalah makhluk yang suka akan kecantikan. Tiada cara yang lebih baik dari senaman untuk menjadikan diri mereka lebih cantik. Niche ini adalah bernilai berbillion dollar setahun dan amatlah rugi jika anda tidak turut serta untuk memeriahkannya.

Niche ini amat mudah untuk di tembusi, anda hanya perlu cari kajian terbaru atau unik dan anda sudah boleh mulakan aktiviti jualan anda. Anda tidak perlukan testimoni yang hebat untuk anda jual ebook di dalam niche ini. Anda hanya perlu ada maklumat yang di dahagakan oleh orang ramai. Jual maklumat yang betul pada orang yang betul.

#3 Hubungan Sesama Manusia

Hubungan sesama manusia seperti kawan, keluarga dan cinta memang mempunyai permintaan yang banyak di dalam industri maklumat. Ini kerana manusia memang dahagakan perhubungan. Mereka mahu memiliki teman istemewa,kawan yang ramai serta keluarga yang bahagia.

Seorang lelaki mahu memiliki teman wanita, seorang ibu mahu suaminya setia, seorang perempuan mahu menawan lelaki idaman, seorang yang kesunyian dan pemalu mahukan kawan yang banyak. Potensi jualan adalah tidak terhad. Terdapat banyak tajuk dan kaedah yang boleh anda ceburi. Bayangkan semua manusia mahukan kebahagian dan anda ada maklumat tersebut.

Tidak susah untuk jana pendapatan melalui ebook. Anda hanya perlu cari pembeli yang mahukan maklumat yang anda miliki. Pendapatan melalui ebook adalah tidak terhad. Anda boleh hasil dan jual beberapa ebook serentak. Anda juga boleh menjual ebook melalui kelima-lima niche serentak. Internet adalah dunia tanpa sempadan. Jadi, kenapa anda perlu ada had.

Nak tahu selebihnya? Klik sini.

 

Asia Camp.