5 Tips Menabung Yang Paling Efektif

Tahun 2018 merupakan tahun yang sukar. Kos sara hidup meningkat dari semasa ke semasa. Namun apa yang menyedihkan, gaji kita tetap sama. Kan? Sehinggakan nak menabung pun susah. Jadi hari ini admin nak kongsikan beberapa tips penting untuk menabung.

5 Tips Menabung Yang Paling Efektif.

#1 Jelaskan Matlamat Simpanan Anda. Matlamat simpanan anda harus jelas. Kenapa anda perlu menyimpan? Kerana matlamat andalah yang menjadi pendorong untuk anda menyimpan dengan konsisten.

#2 Setkan Satu Jangka Masa. Setelah menetapkan matlamat anda, anda haruslah setkan satu jangka masa untuk menyimpan. Tujuannya agar anda lebih berdisiplin dalam simpan. Ingat! Jangan curi curi ambil duit yang anda simpan tu ye.

#3 Simpan Rekod Perbelanjaan Anda. Setiap rekod perbelanjaan kita mestilah disimpan dan direkodkan. Dengan cara ini kita boleh lihat samaada perbelanjaan kita itu berlebihan atau tidak.

#4 Bayar Segala Hutang Yang Ada. Hitung berapa banyak hutang anda dan langsaikanlah dengan segera. Jangan bertangguh. Lagi lambat anda bayar hutang, lagi sukar untuk anda menyimpan.

#5 Stop Guna Credit Card. Bayar dengan wang tunai. Apabila kita tidak melihat duit itu depan mata, semakin banyaklah kita berbelanja. Kerana kita tidak nampak duit itu berkurangan. Jangan berlagak kaya ye.

Kesimpulannya, dalam amalan menabung ini, sikap berdisiplin itu wajib diamalkan. Admin doakan semoga anda terus berjaya mengejar matlamat anda!

Asia Camp.

5 Tips Menjadi Pelajar Hebat

Sekolah bermula lagi. Pasti ibubapa sibuk mendaftar anak anak ke sekolah yang hebat untuk jadikan anak mereka anak yang hebat.

Tapi adakah sekolah yang hebat itu dapat mengubah anak mereka. Semestinya TIDAK! Kerana perubahan seseorang itu bermula dari diri mereka sendiri.

Maka pada hari ini, admin nak kongsikan 5 Tips Pelajar Hebat.

Jangan Biarkan Seminit Terbazir. Pelajar hebat, menggunakan masa yang terluang seperti masa peralihan kelas dengan membaca satu dua soalan sebelum bermula matapelajaran yang baru.

Awal Pagi Yang Positif. Pelajar yang hebat, akan bangun di awal pagi dan menggunakan waktu itu untuk mengulangkaji pelajaran. Kajian menunjukkan waktu awal pagi adalah waktu yang paling mudah untuk menerima ilmu baru dan mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam. Bangunlah awal pagi dan dapatkan aura positif itu.

Bertanya, Bertanya dan Bertanya. Guru adalah sumber yang tepat untuk pelajar yang hebat. Maka dekatkanlah diri anda dengan guru dan gunakanlah setiap kesempatan yang ada untuk bertanya kemusykilan kamu.

Elakkan Tekanan Emosi. Memang lumrah kehidupan akan ada perkara yang merunsingkan dan menggangu konsentrasi belajar. Perkara ini mesti dielakkan! Set dalam minda, “Saya tidak rela masa depan saya musnah disebabkan perkarah remeh ini.” Selalu mindset diri setiap pagi. Katakan “Aku Boleh, Aku Hebat, Yes Yes YES!!”

Ikut Rentak Sendiri. Pelajar yang hebat akan ada rentak belajar yang tersendiri. Pastikan anda mengenal rentak sendiri dan consistent dengan rentak tersebut. Jangan bandingkan dengan pelajar yang lain.

Setiap manusia itu pasti ada kekurangan. Namun kekurangan itulah yang kita perlu asah agar ia bertukar menjadi satu kelebihan. Ini adalah satu usaha Pelajar Hebat. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan perjalanan masa depan dengan azam untuk berjaya. Semoga Berjaya!

AsiaCamp.