3 Sebab Mengapa Aktiviti Mengikat Rakit Menggunakan Buluh Sangat Berbaloi Untuk Meningkatkan Hubungan Di Dalam Pasukan

Kerjasama diperlukan untuk menyiapkan rait buluh ini.

Aktiviti mengikat rakit menggunakan buluh untuk melakukan sukan rekreasi air mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam meningkatkan hubungan di dalam sesebuah pasukan. Mengikut aktiviti biasa, kegiatan water crafting menggunakan bot yang tersedia ada. Cabarannya sudah terasa apatah lagi jika para peserta turut serta membina bot tersebut menggunakan buluh.

Mewujudkan Semangat Kekitaan

Dunia sekarang yang amat mementingkan sikap individualistik, merupakan ancaman yang paling utama dalam membentuk hubungan yang erat dalam sesebuah perhubungan. Melalui aktiviti seumpama ini para peserta perlu bekerjasama untuk menyiapkan rakit tersebut. Dalam hal ini jika mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri, kemungkinan yang akan berlaku ialah samada rakit tersebut tidak siap, atau mungkin rakit tersebut siap namun dari segi kestabilan atau kebolehgunaan rakit tersebut rendah. Mahu tidak mahu mereka terpaksa bekerjasama dan memastikan yang rakan lain juga melakukan hal yang betul.

Dapat Berkongsi Kegembiraan Dan Kegagalan Bersama

Semasa menyiapkan aktiviti ini, pastinya satu pasukan perlu melakukan kerja secara bersama-sama. Jika gagal, maka kesemua merasai kegagalan tersebut, jika berjaya semua sekali akan turut merasai kegembiraan tersebut. Disebabkan perkongsian rasa inilah yang akan menimbulkan bibit kemesraan di kalangan ahli pasukan yang akan membantu mereka untuk mengenali lebih rapat siapa rakan sepasukan mereka tidak kiralah sama ada di peringkat sekolah mahupun dalam sesebuah organisasi. Ini akan membantu untuk mereka kembali ke tempat kerja dengan memiliki semangat pasukan yang tinggi dalam diri mereka.

Pengetahuan Dan Kemahiran Dapat Dipertingkatkan

Uniknya aktiviti seumpama ini mampu membawa para peserta merasai satu pengalaman yang tidak akan mereka perolehi di mana-mana. Jangankan memegang buluh, melihat buluh secara dekat pun, tidak ramai yang mendapat peluang ini. Walaupun kita selalu diwar-warkan tentang dunia hujung jari, sekali tekan semuanya ada, namun ia pasti tidak akan sama dengan memegang barang yang nyata dengan mata kepala kita sendiri melihatnya. Kemahiran untuk mengikat dan memastikan buluh terapung juga bukan suatu pengetahuan yang mampu difahami hanya sekadar melalui pembacaan sahaja. Ia pasti lebih cerap di minda jika kita merasainya sendiri pengalaman tersebut. Jika anda inginkan kelebihan yang ada dalam aktiviti unik membuat rakit buluh ini, anda bolehlah melayari www.asiacamp.my dengan lebih lanjut lagi. Pastinya ia akan mampu membuat anda gembira.

Apa Itu ‘Team Building’?

Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasi, samada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan inilah selalunya sesebuah organisasi akan sentiasa membawa para pekerja mereka mengikuti program ini sekurang-kurangnya setahun sekali.

Team Building atau  Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di antara para peserta untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan secara bersama.

Melalui aktiviti seumpama ini juga mereka akan dapat belajar bagaimana proses yang perlu mereka lalui untuk mencapai kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan bagaimana ingin melahirkan hubungan yang baik samada di antara mereka dengan pihak pengurusan mahupun sesama mereka.

Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap peserta akan mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan organisasi mereka dan bekerja seiringan untuk mencapai matlamat  yang telah ditetapkan.

Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah bukan sekadar untuk melihat atau menguji tahap semangat berpasukan para peserta malahan  untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Hal ini akan dipraktikkan apabila mereka masuk bekerja nanti.

Program biasanya akan diadakan di luar dari lingkungan kerja, yang dipilih oleh organisasi di tempat mereka berkhidmat. Biasanya memakan masa beberapa hari dan para peserta perlu bermalam di sana dengan melakukan pelbagai aktiviti yang diatur mengikut visi dan misi sesebuah organisasi.

Kebiasaannya selepas program dijalankan, para peserta akan kembali bersemangat untuk kembali bertugas. Ini menunjukkan yang program team building mampu memberi banyak manfaat bukan hanya kepada para peserta malahan kepada organisasi.

Ini juga disebabkan kerana bukan hanya aktiviti indoor sahaja yang terlibat malahan aktiviti outdoor juga dijalankan untuk membawa satu pengalaman baru dalam diri para peserta. Pengalaman ini akan merangsang mereka untuk lebih fokus terhadap kerja mereka nanti.

Inginkan program yang terbaik untuk team building organisasi anda boleh layari asiacamp.my untuk maklumat lanjut.

3 Masalah Utama terhadap “team building” Apabila Tim Dalam Syarikat Tidak Kuat.

Kesihatan sekumpulan tim bergantung rapat dengan proses team building di dalam satu pasukan. Individu yang sihat dapat melakukan kerja dengan baik dan cemerlang, begitu juga di dalam sesebuah organisasi, tim yang sihat pastinya akan memberikan seribu kebaikan pada syarikat. Terdapat banyak keburukan atau masalah yang akan timbul apabila tim tidak kuat.

Syarikat Sukar Bersaing

Pekerja yang mengalami masalah dengan hubungan sesama staff akan menimbulkan banyak masalah. Antaranya akan selalu ponteng kerja, lewat masuk kerja, tidak memberi komitmen terhadap tugasan, tidak mematuhi arahan ketua, tidak menghormati ketua, tidak amanah, suka menganiaya pekerja lain dan pelbagai lagi kesalahan yang boleh memberikan tekanan kepada organisasi seterusnya merencatkan proses team building. Tekanan ini akan menyebabkan syarikat sukar untuk berkembang dan maju.

Hasil Produktiviti Jatuh

Apabila tim tidak mempunyai semangat kebersamaan di dalam kumpulan, mereka terdedah dengan kebarangkalian melabel tim dengan label yang tidak membantu merapatkan hubungan. Mereka tidak mempunyai semangat kerja yang kuat lalu mereka akan hilang fokus. Mereka akan melakukan kerja sekadar ingin memenuhi tuntutan sahaja. Ini akan menyebabkan produktiviti syarikat jatuh. Amat penting bagi sesebuah syarikat mempunyai pekerja atau ahli tim yang sihat supaya syarikat dapat melajukan proses team building seterusnya dapat bersaing maju. 

Kadar Kemalangan dan Kecederaan Meningkat.

Apabila staf mengalami masalah komunikasi, dokumen seperti “risk assessment” dan “standard operating procedure” tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Ini menjadikan pengurusan risiko bertambah sukar disemua peringkat.

Kesan-kesan ini akan memberi impak pada syarikat untuk jangka masa lama. Syarikat perlu melakukakan pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini. Antara cara yang terbaik ialah dengan membawa para pekerja mengikuti program team building secara berkala untuk memastikan mereka mempunyai kesihatan yang baik. Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang aktiviti seumpama ini, anda boleh layari www.asiacamp.my.

Water rafting untuk aktiviti team building

Bot atau perahu merupakan alat utama untuk melakukan aktiviti ini. Penggunaannya berbeza mengikut saiz kumpulan, masa mengharungi sungai dan keadaan sungai yang diharungi. Antara bot yang ada ialah seperti di bawah:

Rakit Buluh

Bot ini adalah sejenis bot yang telah direka supaya bersesuaian dengan aktiviti team building. Ia dibuat menggunakan elemen buluh di dalam hutan. Buluh ini direndam di dalam air selama seminggu supaya tahan lama. Buluh yang telah sedia digunakan, akan diikat dengan tali rafia dan tong biru khas untuk kegunaan aktiviti.

Rakit Buluh

Perahu Getah (InflatableRaft)

Perahu jenis ini diperbuat dari getah sintetik yang kuat bersifat elastik.  Ia diperbuat sedemikian supaya dapat mengelakkan dari tercalar apabila melanggar batu-batu sungai nanti. Kebiasannya, terdapat beberapa bahagian tabung angin di dalam perahu tersebut. Ini adalah supaya jika terdapat tabung angin yang bocor/pecah, perahu atau bot tersebut masih mampu terapung. Terdapat tiga jenis perahu yang biasa digunakan:

  • Landing Craft Rubber (LCR) : Perahu jenis ini mempunyai busur yang melekat dan di bahagian hadapannya berbentuk seperti roket. Mesin boleh di pasang di pusat bahagian hadapan. Secara amnya bot jenis ini digunakan sebagai bot peronda dan jika di dalam aktiviti raftling ini ia digunakan di sungai yang tenang.
  • Bot Oval/Bujur: Jenis bot ini yang paling banyak digunakan. Bot jenis ini direka di bahagian hadapan dan belakang melengkung untuk memastikan kestabilan ketika melalui arus yang kuat dan juga supaya air tidak mudah masuk ke dalamnya. Bot jenis ini pula ada dua jenis iaitu: Non Self-Bailer di mana air mudah memasuki perahu ini kerana tidak dilengkapi dengan lubang-lubang untuk pengaliran air keluar. Bot jenis ini akan dilengkapi dengan gayung untuk membuang air yang memasuki bot ini dan
    Self-Bailer; Bot jenis ini mempunyai lantai yang mempunyai lubang untuk memudahkan pengairan air keluar jika air memasuki bot tersebut.
  • Cataraft: Perahu jenis ini direka sangat sederhana dan diadaptasi dari perahu Katamaran yang digunakan di laut oleh seorang geologis Rusia. Inovasi bot jenis ini berkembang pesat hingga terdapat lebih kurang 50 jenis. Digunakan mengikut kesesuaian aliran sungai.