Article, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation, Team Building

FLYING FOX DAN KEHIDUPAN

Pasti ada yang terfikir apakah rasional melakukan aktiviti flying fox ini? Hanya meluncurkan diri dari ketinggian yang tertentu menggunakan peralatan yang lengkap untuk memastikan tidak berlaku apa-apa kecederaan? Sebenarnya aktiviti ini mempunyai pelbagai manfaat yang jika diketahui pasti setiap dari kita pasti ingin melakukakannya nanti. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

MENCUNGKIL SIKAP BERANI DALAM DIRI

Melakukan aktiviti seumpama ini amat memerlukan keberanian diri yang bukan sedikit. Sifat berani amat diperlukan dalam kehidupan ini. Berani untuk membuat keputusan, berani untuk mengambil risiko, berani untuk berhadapan dengan masalah dan pelbagai jenis keberanian yang kita perlukan. Insan yang tidak memiliki sifat berani pastinya akan menyerah kalah apabila berhadapan dengan ujian yang dirasakan mereka tidak mampu menghadapinya.

BERWASPADA DALAM HIDUP

Sebelum melakukan flying fox, pastinya setiap peserta akan diberikan penerangan dengan lebih terperinci sebelum melakukan aktiviti ini. Pelbagai peralatan yang akan digunakan untuk memastikan keselamatan peserta terjamin. Begitu juga dalam hidup ini, dalam meneruskan kehidupan seharian kita perlu memahami apa yang kita sedang lakukan, mengetahui setiap risiko yang akan kita hadapi dan mengetahui bagaimana menghadapi risiko tersebut. Langkah-langkah pencegahan perlu kita sediakan apabila kita melakukan sesuatu.

PENGALAMAN YANG MENYERONOKKAN

Individu yang melakukan aktiviti ini pasti merasa pengalaman yang jauh berbeza dari rutin harian. Mereka mampu meluaskan pandangan hidup mereka. Jika kita sebagai seorang pelajar hanya mengadap buku sahaja atau sebagai seorang pekerja hanya mengadap rutin harian sahaja pastinya nanti kita akan menjadi seakan katak dibawah tempurung. Dengan melakukan aktiviti yang berlainan dari rutin harian akan membantu kita menjauhi kebosanan dan merasa pengalaman hidup yang menyeronokkan.

MENGATASI TEKANAN

Melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar akan membuat secara tidak langsung badan kita bersenam. Apa pentingnya senaman dalam hidup kita? Apabila kita melakukan senaman, badan kita akan mengeluarkan hormon endorphine. Hormon ini akan membuat kita merasa gembira. Selain itu, hormon epinephrine juga dirembeskan semasa kita bersenam. Hormon ini juga dikenali sebagai adrenalin, yang amat penting untuk fokus dan memori jangka panjang. Hormon dopamine yang berfungsi membantu membentuk memori baharu juga akan dikeluarkan di saat kita bersenam. Apabila badan kita merembeskan hormon yang mencukupi ini akan membantu kita menghadapi ujian hidup kita dengan baik dan tidak mudah merasa tertekan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *