Article, Kem Latihan & Rekreasi

Kem rekreasi di Malaysia

DEFINISI REKREASI

Untuk memahami apa itu kem rekreasi, kita fahami dulu maksud rekreasi. Ford (1981) menyatakan bahawa rekreasi ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan alam semula jadi bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang telah tersedia. Ini melibatkan perkembangan dari pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan pada masa lapang. Manakala menurut Mohd Salleh Aman (2004) pula rekreasi bermaksud aktiviti masa lapang yang digunakan secara positif sama ada dalam bentuk riadah yang aktif atau yang santai. Rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan, boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti pertandingan atau persembahan dalam bentuk yang tidak dirancang. 

DEFINISI SUKAN REKREASI

Menurut Hammerman et.al (1985) sukan rekreasi ialah satu cara untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dilaksanakan dalam situasi harian. Ini diteguhkan dengan pendapat Knapp (1981) yang menyatakan sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan

JENIS SUKAN REKREASI

Rekreasi Fizikal

Aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang individu. Antara contoh aktiviti rekreasi fizikal ialah seperti olahraga (larian, lompatan dan balingan), kecergasan (aerobik, lompat tali dan latihan bebanan), sukan air (kayak, renang dan pelayaran), sukan lasak (memanjat tembok tiruan, payung terjun dan abseiling), lain-lain aktiviti (berbasikal, memanah dan lawan pedang). Kebanyakan aktiviti rekreasi ada ditawarkan di kem rekreasi AsiaCamp

Rekreasi Sosial

Rekreasi Mental / Linguistik

Aktiviti rekreasi ini melibatkan kemahiran interaksi sosial yang baik dan efektif dalam kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Antara contoh aktiviti ialah sukan rakyat dan sukaneka

Aktiviti rekreasi yang memerlukan keupayaan mental dan minda, linguistik dan komunikasi seperti memanah, debat dan pidato. Itulah sebabnya kem rekreasi AsiaCamp mampu menawarkan modul-modul khas untuk pembelajaran institusi. Umpamanya team building, kem kepimpinan dan kursus komunikasi berteraskan experiential learning.

Rekreasi Terapuetik

Terapuetik merupakan satu pendekatan yg membantu menenangkan fikiran seseorang atau senaman yang memberi kete­nangan. Contoh aktiviti ialah muzik dan senamrobik.

Gerak tari

Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti tangan, kaki dan anggota badan yang lain seperti aktiviti senamrobik, Yoga dan Tai Chi. Di Kem rekreasi AsiaCamp, kami akan mengadakan aktiviti senamrobik setiap hari Sabtu.

Drama

AsiaCamp

Aktiviti ini melibatkan penggunaan kebolehan dan bakat seseorang individu. Teater dan lakonan adalah contoh aktiviti dalam rekreasi jenis ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *