Article, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation, Team Building

KEMBALI BERMOTIVASI

Motivasi adalah satu perkara yang perlu dikekalkan dalam hidup kita. Tanpa motivasi semuanya kelihatan hambar belaka. Kita tiada semangat malahan hasil kerja mahupun prestasi kita juga akan turut merosot. Antara cara untuk membangkitkan kembali motivasi yang luntur akibat tekanan dan rutin yang menekan ialah dengan menyertai kem motivasi.

Kem motivasi biasanya diadakan bertujuan untuk membangkitkan kembali motivasi yang hilang. Terdapat banyak program dan aktiviti dilaksanakan di dalamnya yang bertujuan untuk membantu para peserta. Banyak kebaikan yang kita perolehi apabila menghadiri kem motivasi. Antaranya:

Mendapat Semangat Baharu

Penganjur kem biasanya akan menjemput pakar-pakar motivasi yang hebat untuk menyuntik semangat motivasi kepada para peserta. Ini akan memberikan semangat baharu dan motivasi yang tinggi kepada para peserta untuk belajar bersungguh-sungguh jika anda seorang pelajar dan bekerja dengan sepenuh hati jika anda seorang pekerja.

Ilmu Pengetahuan Bertambah

Program seumpama ini akan turut juga memberikan kaedah belajar yang berkesan atau cara meningkatkan produktiviti kerja yang efektif kepada para peserta. Ini menyebabkan para peserta memperoleh ilmu baharu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.

Meningkatkan Tahap Kecergasan Fizikal

Aktiviti lasak seperti jungle tracking, abseiling, dan banyak lagi adalah contoh aktiviti yang selalu diselitkan dalam kem motivasi. Ini akan melatih para peserta dari aspek ketahanan mental dan fizikal. Ketiadaan motivasi biasanya juga berkait dengan tubuh yang tidak sihat, yang kurang bersenam. Apabila terlibat dengan aktiviti lasak tubuh badan akan menjadi sihat, badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas dan para peserta akan kembali bersemangat untuk belajar atau bekerja.

Mencungkil Potensi dan Bakat Para Peserta

Aktiviti yang dijalankan dalam kem ini biasanya menyentuh tentang kemampuan dan keupayaan diri bagi setiap peserta. Tanpa disedari melalui aktiviti yang dijalankan peserta akan mengetahui tentang potensi yang jarang mereka sedari, yang ada pada diri mereka. Ini dapat membantu mereka mencorakkan kembali hidup mereka mengikut kemampuan dan kebolehan diri mereka sendiri.

Jika anda tercari-cari manfaat yang seperti di atas untuk program kem motivasi sekolah atau organisasi anda boleh layari www.asiacamp.com untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *