Article

KHASIAT BUNGA KANTAN UNTUK KESIHATAN

Menurut perubatan tradisional, bunga kantan ini digunakan dan sangat bermanfaat untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka. Caranya adalah dengan merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga.
Selain daripada itu, buah kantan turut dipercayai mampu digunakan bagi menguatkan tenaga batin lelaki. Buahnya yang telah masak digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin lelaki dengan cara merebuskan buah kantan yang telah masak dan air rebusannya diminum. Akan tetapi, pastikan anda bertanya kepada pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu supaya anda mengambilnya dalam sukatan yang betul agar tidak timbul masalah lain.
Selain daripada bunga dan buahnya, daun kantan turut mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Sekiranya anda mempunyai luka pada badan, anda bolehlah menggunakan air rebusan daun kantan dan jadikan air tersebut sebagai air pencuci luka iaitu dengan cara melumurkan atau membasuh ke seluruh bahagian yang mengalami luka.
Seterusnya, buah kantan dikatakan boleh merawat kencing manis dan darah tinggi juga. Buah kantan di rebus dan kemudian anda boleh minum air rebusan tersebut. Boleh diambil setiap hari dan hendaklah dalam kuantiti yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *