Article

KHASIAT MINUMAN BARLI

Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.

Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.

Air barli juga dikatakan dapat membantu menangani masalah kencing kotor. Bagi ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah kencing kotor boleh mencubanya juga. Ia juga diamalkan bagi menyejukkan badan terutama bagi pesakit demam.

Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.

Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *