Article, Motivation

KHASIAT TUMBUHAN KEMUNTING

Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri. Di percayai juga buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman. Daun kemunting pula boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan kemdian mampu menyembuhkan luka-luka. Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas , melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita. Semasa berada di Pulau Aur, Mersing dulu saya pernah dengar air rebusan daun dan akar kemunting di gunakan sebagai minuman untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, mengawal cirit birit dan untuk sakit perut. Bahagian akar kemunting yang direbus dijadikan rawatan pedih bawah dada dan mengatasi masaalah sistem penghadaman. Akar yang dicampur air mendidih boleh digunakan untuk rawatan mata atau dijadikan ubat pupuk pada dahi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *