Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

PERKHEMAHAN DAN FAEDAH UNIK YANG ADA DALAM AKTIVITI INI

Perkhemahan adalah satu aktiviti wajib yang dilakukan setiap tahun oleh setiap sekolah (kem unit beruniform) dan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti ini tetap dilakukan walaupun kita lihat zaman kian berubah. Ini adalah kerana aktiviti ini membawa banyak kebaikannya terhadap perkembangan seorang individu.

Perkhemahan di AsiaCamp

Meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.

Para peserta perkhemahan akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak diri mereka. Antara aktiviti yang sering dilaksanakan untuk membina peribadi individu termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan membina jati diri. Aktiviti sebegini akan meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka.

Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta.

Dalam perkhemahan, salah satu aktiviti wajib untuk dilaksanakan ialah kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplinkan para peserta dalam membentuk mereka menjadi orang yang berguna. Selain itu terdapat aktiviti yang memerlukan mereka menepati masa, bertindak mengikut arahan dan sebagainya lagi.

Membentuk jati diri dan sahsiah peserta.

Semasa perkhemahan dijalankan, unsur kerohanian tidak dilupakan di mana ceramah agama dan moral diberikan kepada para peserta. Ini dapat membina insan yang berakhlak mulia serta baik budi pekertinya.

Membentuk nilai kepimpinan

Aktiviti perkhemahan merupakan satu wadah yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Keadaan ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek kepimpinan. Wadah ini mampu membantu para peserta untuk mengasah bakat mereka dan mengembangkannya untuk digunakan pada masa hadapan. Mungkin untuk memimpin persatuan belia, syarikat malahan ke peringkat negara sekalipun.

Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.

Peserta perkhemahan akan sentiasa terpaksa berinteraksi sesama mereka dalam menyiapkan tugasan berkumpulan yang biasanya akan diberi semasa sktiviti perkhemahan dijalankan. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan hidup secara individualistik.

Memupuk kesedaran untuk mencintai alam semula jadi

Biasanya perkhemahan akan berhampiran dengan kawasan alam semula jadi. Ini secara tidak langsung mendekatkan para peserta dengan alam. Mereka akan didedahkan tentang baik dan buruk tentang penjagaan alam semula jadi. Layari laman web kemrekreasi2u.com untuk lebih info.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *