Article, Uncategorized

Rapid Shooting

RAPID SHOOTING

Sebut pasal Taman Negara Jerantut?Memang tak sah kalau tak join Rapid Shooting kan?

Selalu dengar orang bercerita dan tengok aktiviti ni melalui media social dan youtube sahaja,tapi kali ni aku sendiri yang nak join aktiviti ni.

Pada bulan Mac lepas aku bersama rakan-rakan merancang untuk pergi bercuti di tempat yang boleh tenangkan fikiran kami.

Kami memilih untuk pergi melancong ke Taman Negara Jerantut Pahang, perjalanan kami mengambil masa selama 4 jam dari Kuala Lumpur.

Sampainya kami disini,kami menginap di Asia Camp Resort.

Resort ini duduk di tengah-tengah kawasan Bandar Kuala Tahan. Dan disini sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya adalah Jungle Trekking,Rapid Shooting,Visit Orang Asli,Night Jungle Walk dan banyak lagi.

Antara salah satu aktiviti yang menjadi tumpuan disini adalah Rapid Shooting.Aktiviti Rapid Shooting ini adalah aktiviti menaiki bot kayu tradisional tau dan melalui tujuh lapisan jeram yang ada di Sungai Tembeling ini.

merentas 7 jeram semasa rapid shooting

Aktiviti ini tidaklah mencabar.Ia Cuma aktiviti yang sangat seronok.Ia sgt sesuai untuk semua peringkat umur.Tak usah takut la! Sure seronok ok.

Kami menaiki bot yang besar dan bukan kami sahaja yang ada di dalam boat tersebut.Kami bersama dengan pelancong yang lain.Kami di dalam boat lebih kurang seramai 12 orang.

Kami di dalam boat diarahkan untuk memaikai life jacket yang disediakan dan juga menyimpan barangan seperti dompet,handfone,dan barang-barang yang penting ke dalam bag plastic yang disediakan.

Hal ini kerana aktiviti ini kita akan basah sepenuhnye dan life jacket tu wajib pakai…Yela takkan tak sayang nyawa kan? Free pulak tu.

Kami mulakan aktiviti Rapid Shooting pada pukul 2 petang.Perjalanan ini megambil masa selama 1 hingga 2 jam.Iyelah nak lalu 7 jeram kan.Memang agak lama tapi sangat menyeronokkan.

Pada mulanye kami agak cuak dengan aktiviti ni kerana aktiviti ini botman akan mengoyangkan bot dan kami akan dapat percikan air sungai. Aktiviti ini sngat mengagumkan kami. Pada mulanya sahaja kami merasa berdebar tapi lama kelamaan ia menjadikan satu yang sangat seronok.

Kami di dalam bot menjerit jerit keseronokan. Bukan kami sahaja malah semua orang di dalam bot tersebut gelak ketawa dan menjerit-jerit.Ada yang takut ada yang seronok.Macam-macam perasaan yang ada masa tu.

Boatman ni memang sangat hebat pandu bot untuk aktiviti ni,Kami sangat kagum.bukan sahaja boatman malah guide kami jugak sangat betanggungjawab untuk memastikan keselamatan kami selamat ye. Dan botman dan guide kami juga sangat mesra melayan perangai kami semua.

Part yang paling best bila bot kami berlumba dengan bot sebelah.Huru hara jadi.Bot sebelah pulak simbah-simbah air kat kami.Dan kami pon buat jugakla.Memang habis basah kuyup kami kat dalam bot.

Sebab tu kite kena nyorok fone siap2,takut kena air. Takpun  pakai casing yang kalis air punya. Atau nak lagi selamat,tak payah bawak langsung.hihi..

Dan ada satu lagi yang menarik perhatian kami adalah suasana dan pemandangan sepanjang kami melalui sungai tembeling.Pemandangannye sangat indah dengan pokok-pokok kehijauan.Dan kami juga nampak pelbagai perkampungan di sana.Yang paling menarik ialah perkampungan orang asli.

Kami Cuma nampak dari jauh la perkampungan mereka.Perkampungan mereka betu-betul terletak di tepi sungai.Dan nak cerita mengenai jeram disini,pelbagai nama jeram diberi antaranya ialah jeram dedari,jerak perahu,jeram panjang dan banyak lagi.Itu antara jeram yang saya masih ingat.

Maka selesailah aktiviti rapid shooting kami selama 2 jam yang sangat seronok dan pengalaman ini memang kami tak akan lupa sampai bila-bila.Kami sekumpulan masing-masing nak lagi join aktivti ini pada masa akan datang.

Kami pulang ke resort dengan rase yang sangat puas.Haaa ape lagi?? Tak nak try ke?? Sy jamin tak akan kecewa lah bila buat aktiviti Raping Shooting.

Boleh melawat ke laman web ini untuk aktiviti penuh di Taman Negara selain Rapid Shooting : www.tamannegara2u.com

 

Cerita asal

Elly Hashimar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *