Water rafting untuk aktiviti team building

Bot atau perahu merupakan alat utama untuk melakukan aktiviti ini. Penggunaannya berbeza mengikut saiz kumpulan, masa mengharungi sungai dan keadaan sungai yang diharungi. Antara bot yang ada ialah seperti di bawah:

Rakit Buluh

Bot ini adalah sejenis bot yang telah direka supaya bersesuaian dengan aktiviti team building. Ia dibuat menggunakan elemen buluh di dalam hutan. Buluh ini direndam di dalam air selama seminggu supaya tahan lama. Buluh yang telah sedia digunakan, akan diikat dengan tali rafia dan tong biru khas untuk kegunaan aktiviti.

Rakit Buluh

Perahu Getah (InflatableRaft)

Perahu jenis ini diperbuat dari getah sintetik yang kuat bersifat elastik.  Ia diperbuat sedemikian supaya dapat mengelakkan dari tercalar apabila melanggar batu-batu sungai nanti. Kebiasannya, terdapat beberapa bahagian tabung angin di dalam perahu tersebut. Ini adalah supaya jika terdapat tabung angin yang bocor/pecah, perahu atau bot tersebut masih mampu terapung. Terdapat tiga jenis perahu yang biasa digunakan:

  • Landing Craft Rubber (LCR) : Perahu jenis ini mempunyai busur yang melekat dan di bahagian hadapannya berbentuk seperti roket. Mesin boleh di pasang di pusat bahagian hadapan. Secara amnya bot jenis ini digunakan sebagai bot peronda dan jika di dalam aktiviti raftling ini ia digunakan di sungai yang tenang.
  • Bot Oval/Bujur: Jenis bot ini yang paling banyak digunakan. Bot jenis ini direka di bahagian hadapan dan belakang melengkung untuk memastikan kestabilan ketika melalui arus yang kuat dan juga supaya air tidak mudah masuk ke dalamnya. Bot jenis ini pula ada dua jenis iaitu: Non Self-Bailer di mana air mudah memasuki perahu ini kerana tidak dilengkapi dengan lubang-lubang untuk pengaliran air keluar. Bot jenis ini akan dilengkapi dengan gayung untuk membuang air yang memasuki bot ini dan
    Self-Bailer; Bot jenis ini mempunyai lantai yang mempunyai lubang untuk memudahkan pengairan air keluar jika air memasuki bot tersebut.
  • Cataraft: Perahu jenis ini direka sangat sederhana dan diadaptasi dari perahu Katamaran yang digunakan di laut oleh seorang geologis Rusia. Inovasi bot jenis ini berkembang pesat hingga terdapat lebih kurang 50 jenis. Digunakan mengikut kesesuaian aliran sungai.

White Water Rafting di Hulu Selangor

Aktiviti water rafting atau juga dikenali sebagai arung jeram merupakan aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu. Tujuan utama ramai orang melakukan aktiviti ini adalah untuk tujuan rekreasi atau sebagai satu ekspedisi bersama dengan aktiviti lain.

white water rafting kkb

Menariknya di Selangor hanya sungai yang terdapat di Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Bharu merupakan satu-satunya destinasi yang boleh digunakan untuk melakukan white water rafting. Untuk makluman, Hulu Selangor merupakan permulaan sungai Selangor  dan ia bermula dari Kuala Kubu Bharu menuju ke Selat Melaka di Kuala Selangor sepanjang 11O km. Di sini juga terdapat Empangan Kuala Kubu Bharu. Empangan ini sangat luas dan mempunyai pemandangan alam sekitar yang mempersonakan. Arus jeram banyak dipengaruhi oleh limpahan air dari empangan ini. Tidak hairanlah jika kita layari blog-blog yang menceritakan tentang aktiviti ini, sungai ini pasti dalam senarai mereka antara lokasi yang wajib dikunjungi oleh peminat sukan rekreasi air tegar. Perjalanan ini memakan masa sejam lebih jika dari Petaling Jaya dan sejam jika dari Kuala Lumpur.

Air di sungai ini sejuk dan sangat jernih . Sungai ini mempunyai jeram deras dari gred 2 dan 4 yang pastinya memberikan pengalaman yang menerujakankepada para peserta. Gred 2 sesuai untuk yang baru bermula kerana laluannya agak lancar dan kurang mencabar. Namun gred 4 memang mencabar, mempunyai banyak batu dan air yang deras. Ia sesuai bagi mereka yang inginkan cabaran. Sepanjang sungai ini, para peserta akan melalui dua air terjun yang pasti membuat para peserta terpukau dengan keindahannya.

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta akan diberikan taklimat untuk tujuan keselamatan dan untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya. Peralatan biasanya disediakan oleh pihak penganjur dan akan ada dua orang guider yang akan bersama para peserta. Mereka akan ada di depan dan di belakang bot yang anda naiki. Menurut peserta yang pernah melakukan aktiviti ini, aktiviti akan menjadi lebih menarik jika rafting terbalik. Jika gerun untuk merasa rafting tersebut terbalik, para peserta perlu sentiasa peka dengan arahan guider yang bersama anda.

Aktiviti anda di sungai ini pasti akan membuat adrenalin anda memuncak tinggi, keseronokkannya berganda jika anda mempunyai hubungan yang baik dengan air. Jika anda ingin merasa keseronokkan aktiviti ini anda boleh layari www.asiacamp.my untuk maklumat lanjut.