Article, Uncategorized

Visit Orang Asli

VISIT ORANG ASLI

Siapa pernah tengok orang asli? Orang asli yang moden selalu kite tengok kan? Tapi yang ni original orang asli. Kalau nak tengok anda boleh pergi ke Taman Negara Jerantut Pahang.

Dan ambil aktiviti Visit Orang Asli.  Apabila kita peri ke kawasan orang asli kita akan tahu pelbagai info mengenai orang asli ini.  Dan pastikan anda pergi bersama guide kerana info berkaitan dengan orang asli guide yang akan terangkan.

Saya adalah seorang yang suka travel di seluruh Malaysia. Saya tidak pernah jejakkan kaki lagi ke Taman Negara Jerantut.

Saya kesana hanya menaiki bas travel agensi yang ada disana. Untuk kesini anda tidak perlu risau tentang penginapan kerana terdapat pelbagai resort dan homestay yang disediakan disini. Harga untuk penginapan juga sangatlah berpatutan.

Untuk aktiviti disini, pelbagai agent yang ada disini dan anda boleh pilih agent mana yang anda ingin melakukan aktiviti. Pendapat tentang harga yang ditawarkan juga bagi saya sangat mampu milik.

Tujuan utama saya datang kesini bukan sahaja untuk melihat hutan tertua tetapi tujuan utama saya adalah ingin melihat Orang Asli yang masih lagi ada di Malaysia ini.

Saya memulakan aktiviti ini pada pukul 10Pagi. Perjalanan untuk kesana menaiki bot dan mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk sampai ke perkampungan tersebut. Sebelum saya kesana , saya membeli pelbagai makanan serta keperluan untuk dibahagikan kepada penduduk orang asli disana.Saya bersama guide serta ada beberapa orang pelancong bersama untuk  kesana.

Sampainya saya perkampungan Orang asli, saya tergamam tengok kehidupan mereka. Kehidupan mereka sangat berbeza daripada kita.

Rumah Orang Asli

Kampung mereka sangat kecil tetapi mempunyai banyak rumah yang hanya diperbuat daripada buluh. Rumah mereka juga sangat kecil tetapi dalam satu rumah mereka boleh tingal beramai-ramai. Dari segi kekeluargaan saya melihat mereka seperti sangat menyayangi antara satu sama lain .

Mereka punya percakapan tidak seperti kita orang melayu, mereka ada bahasa mereka sendiri. Kanak-kanak orang asli ini agak takut apabila nampak kami datang, tetapi mereka sentiasa memberi senyuman kepada kami.

Mereka sangat gembira apabila kami memberi makanan kepada mereka. Mereka seperti berebut-rebut. Iyela jarang sekali dapat makan sebegitu kan. Disini mana ada kedai berhampiran, mereka hanya hidup bergantung kepada hutan semata-mata.

Kami disana, guide kami menceritakan bagaimana mereka hidup di dalam perkampungan ini. Tentang makanan, orang asli akan sentiasa memburu binatang untuk makanan mereka setiap hari. Apa sahaja jenis binatang yang mereka dapat mereka akan makan.

Mereka memburu binatang dengan menggunakan sumpit. Dan kami juga berpeluang untuk belajar cara menyumpit. Jika kita mahu membeli penyumpit ,mereka ada jual disini. Saya sudah pastinya beli untuk dijadikan kenangan.

Cara mereka  memasak menggunakan kayu api sahaja. Mereka tiada dapur seperti kita di rumah. Mereka juga mengajar kami cara menghidupkan api hanya menggunakkan buluh hutan sahaja. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi saya.

Apa yang penting, apabila kita berada di perkampungan mereka, kita hendaklah menjaga privacy mereka seperti jika mahu mangambil gambar mereka atau rumah mereka kita hendaklah meminta kebenaran dulu. Hal ini kerana mereka tidak terasa seperti diri mereka terancam.

Kita sebagai pelancong haruslah hormat kehidupan mereka. Pelbagai cerita yang guide kami menceritakan kepada kami tentang kehidupan mereka. Jika anda nak dengar lebih lanjut cerita mengenai mereka, anda haruslah rasai sendiri aktiviti seperti ini. Sememangnya tidak akan rugi.

Setelah beberapa jam kami disana, sudah tiba masanya untuk kami pulang.

Melihat keadaan mereka, saya sangat kagum kerana mereka sangat menerima dan gembira dengan kedatangan kami. Pada mulanya saja mereka berasa takut, tapi lama kelamaan mereka sangat mesra bersama kami. Saya berharap saya berpeluang lagi untuk datang lagi ke sini.

Boleh dapatkan maklumat lanjut disini : www.tamannegara2u.com

Diceritakan oleh:

Elly hashimar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *