Article, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

White Water Rafting di Hulu Selangor

Aktiviti water rafting atau juga dikenali sebagai arung jeram merupakan aktiviti pengarungan bahagian alur sungai yang berjeram dengan menggunakan peralatan tertentu. Tujuan utama ramai orang melakukan aktiviti ini adalah untuk tujuan rekreasi atau sebagai satu ekspedisi bersama dengan aktiviti lain.

white water rafting kkb

Menariknya di Selangor hanya sungai yang terdapat di Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Bharu merupakan satu-satunya destinasi yang boleh digunakan untuk melakukan white water rafting. Untuk makluman, Hulu Selangor merupakan permulaan sungai Selangor  dan ia bermula dari Kuala Kubu Bharu menuju ke Selat Melaka di Kuala Selangor sepanjang 11O km. Di sini juga terdapat Empangan Kuala Kubu Bharu. Empangan ini sangat luas dan mempunyai pemandangan alam sekitar yang mempersonakan. Arus jeram banyak dipengaruhi oleh limpahan air dari empangan ini. Tidak hairanlah jika kita layari blog-blog yang menceritakan tentang aktiviti ini, sungai ini pasti dalam senarai mereka antara lokasi yang wajib dikunjungi oleh peminat sukan rekreasi air tegar. Perjalanan ini memakan masa sejam lebih jika dari Petaling Jaya dan sejam jika dari Kuala Lumpur.

Air di sungai ini sejuk dan sangat jernih . Sungai ini mempunyai jeram deras dari gred 2 dan 4 yang pastinya memberikan pengalaman yang menerujakankepada para peserta. Gred 2 sesuai untuk yang baru bermula kerana laluannya agak lancar dan kurang mencabar. Namun gred 4 memang mencabar, mempunyai banyak batu dan air yang deras. Ia sesuai bagi mereka yang inginkan cabaran. Sepanjang sungai ini, para peserta akan melalui dua air terjun yang pasti membuat para peserta terpukau dengan keindahannya.

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta akan diberikan taklimat untuk tujuan keselamatan dan untuk memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancarnya. Peralatan biasanya disediakan oleh pihak penganjur dan akan ada dua orang guider yang akan bersama para peserta. Mereka akan ada di depan dan di belakang bot yang anda naiki. Menurut peserta yang pernah melakukan aktiviti ini, aktiviti akan menjadi lebih menarik jika rafting terbalik. Jika gerun untuk merasa rafting tersebut terbalik, para peserta perlu sentiasa peka dengan arahan guider yang bersama anda.

Aktiviti anda di sungai ini pasti akan membuat adrenalin anda memuncak tinggi, keseronokkannya berganda jika anda mempunyai hubungan yang baik dengan air. Jika anda ingin merasa keseronokkan aktiviti ini anda boleh layari www.asiacamp.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *